CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

2. Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik

Kuliah 2

Hasil Pembelajaran
  1. mendefinisikan konsep masyarakat, etnik, etnisiti, asimilasi, diskriminasi dan lain-lain.
  2. menjelaskan kepentingan memahami konsep asas hubungan etnik
  3. menghuraikan sekurang-kurangnya aplikasi dua konsep asas hubungan etnik dalam konteks Malaysia.
Tiga konsep penting:
  1. Masyarakat
  2. Budaya
  3. Perpaduan
Masyarakat - Kamus Dewan:
kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara tertentu
-terbina hubungan sosial, contohnya; gotong-royong, majlis keraian dan lain-lain.

Konsep Masyarakat
  • Manusia - perlu hidup bermasyarakat
  • mesti memahami hidup bermasyarakat
  • fahami budaya sendiri dan orang lain
  • pupuk kerjasama
Ciri-ciri:
  • Berkelompok
  • Berbudaya
  • Alami perubahan
  • Interaksi
  • Ada Kepimpinan
  • Aturan Sosial
Perbezaan antara Masyarakat dan Bangsa Malaysia
  • Masyarakat - lebih global (sebagai payung)
  • Bangsa - merujuk kepada cita-cita politik yang sama, warganegara, kebangsaan (spesifik)
Konsep Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme
  • Etnik - merujuk kelompok manusia amal budaya hampir seragam (kaitan rapat dengan ras dan bangsa)
  • Etnosentisme - merujuk ciri-ciri budaya etnisiti mereka lebih baik dan memandang rendah pada budaya lain.
Konsep Ras dan Rasisme
  • Ras - sesuatu yang mempunyai tanda pengenalan kolektif (warna kulit, mata, rambut)
  • Rasisme - pandangn, pemikiran atau kepercayaan negatif pada sesuatu kelompok (prejudis)
  • terdapat 2 tahap prejudis: individu dan institusi.
Konsep Budaya
Asal dari perkataan 'Budhi' - Sanskrit
'Daya' - Melayu

  • Budaya: Kemajuan fikiran, akal budi, berkelakuan dan sebagainya
  • Budaya sebagai cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan meliputi ekonomi, sosial, adat resam dan sebagainya.
Ciri-ciri Budaya:
  • dipelajari
  • dikongsi
  • bersifat sejagat
  • di warisi
  • berubah-ubah
  • ada unsur simbolik
  • ada worldview (pandangan semesta)
Konsep Perpaduan dan Integrasi
Perpaduan- satu proses untuk menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara membentuk nilai bersama

Unsur integrasi:
  1. Wilayah
  2. Ekonomi
  3. Kebudayaan
  4. Sosial
  5. Pendidikan
  6. Politik
Asimilasi/ Akomodasi
  • Kamus Dewan: Asimilasi - pemaduan pelbagai unser kebudayaan yang pelbagai menjadi satu kebudayaan yang boleh diterima oleh semua masyarakat.
  • Akomodasi - penyesuaian budaya, adat resam dan sosial yang lain. Kedua-dua masyarakat perlu memahami dan menyesuaikan diri dengan semua budaya masyarakat Malaysia.
  • Kajian sosiologi - Asimilasi merupakansuatu proses ercantuman dan penyatuan daripada pelbagai kelompok atau individu yang berlainan kebudayaan membentuk
Akulturasi
  • penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada sesuatu budaya kepada budaya lain
  • dalam erti kata lain, semua masyarakat Malaysia perlu mengadaptasi unsur-unsur budaya yang pelbagai mengikut suasana daerah atau wilayah yang diduduki dan salijng menyerapi antara satu sama lain dalam semua masyarakat.
Etnosentrisme
-pandangan atau sikap yang mempercayai budaya sendiri lebih unggul daripada etnik lain dan agung budaya sendiri - sikap ini perlu dielakkan

Prasangka/ Rasisme
-sikap negatif pada sesuatau atau seseorang sebelum mengetahui perkara sebenar

Rasisme
-layanan berat sebelah berasaskan keturunan bangsa.

Kesimpulan
  • hubungan etnikperlu diambil kira semua aspek - tidak hanya pada konseptual sahaja (luaran)
  • wajar menerima unsur etnik lain yang positif
  • perlua ada asimilasi budaya dan siterima semua
  • wujudnya kepelbagaian budaya etnik dan lain-lain.



Kuliah 2 -Hubungan Etnik

No comments:

Post a Comment

My Blog List