CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Penggunaan Bahasa Melayu dalam Perutusan

Melalui pengamatan saya mengenai surat-surat melayu, saya dapat katakan yang melayu itu indah. Bahasa yang digunakan penuh kesopanan dan setiap ayat mengandugi maksud-maksud yang tersirat dari apa yang disampaikan. Pendahuluan bagi semua surat dimulakan dengan ayat yang dramatis yang dianggap tidak relevan pada zaman kini. Contohnya :

"Warkat al-maujud dan wa hidayat al-mamdud maka dipesertakan di dalamnya tulus dan ikhlas serta suci putih hati selama2nya yang tiada berhingga dan bermasa selagi ada n-w b-h perinderaan cakerawala nur al-shams qamar sabit juga adanya 'ala al,dawdan, iaitu daripada Yang Diperatuan Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Khaliluddin ibn al-Sultan Abdul Jalil Saifuddin ibn al-marhm al-Habib Sultan Uthman bin al-Syaikh Ali Baalawi yang amar laif daripada yang laif di dalam negeri Siak Seri Inderapura, maka barang disampaikan Tuhan seru alam kiranya kepada sahabat kita Tuan Besar Paduka Seri Maharaia Gilbert Elliot brd Minto Yang l)iperatuan Besar yang maha mulia Gurnur Jeneral Raja segala daerah negeri Benggala dan Hindistan dan Keling dan Surat dan Guzerat dan Mahalmgka dan pada sekalian tanah tukerstan negeri yang besar2 yang ada takluk di bawah bendera raja2 maha besar negeri Inggris yang maha mulia yang semayam di atas tahta singgasana kerajaan negeri Benggala, yang telah beroleh daripada pangkat yang kebesaran dan kemuliaan lagi kepujian pada tiap2 buldan timur dan barat serta melimpahkan hukum yang keadilan lagi kemurahan dengan lemah lembut dan perisnya kepada istiadat yang tiada berubah2 daripada perangai dan tabiat yang demikian, menjadi masyhurlah daripada sangat arif budiman dan bijaksana daripada berkasih-kasihan atas segala raja2 karib wa-al.baid. Maka kita pun memintakan juga kepada Tuhan samad sekalian alam buang dipanjangkan juga daripada umur musimya di dalam sihat dan afiat dmin ya Rabb aldlamin."
ayat ini dipetik daripada Surat Sultan Abdul Jalil Khaliluddin dari Siak kepada Lord Minto.
   Struktur ayat yang digunakan agak sukar untuk difahami jika dibandingkan dengan pertuturan biasa pada zaman sekarang. Ini menunjukkan, berlaku perningkatan atau kemajuan dari segi ilmu. Daripada surat-surat ini, boleh dikatakan bahawa sultan-sultan telah mula berutus surat dengan kerajaan inggeris sejak tahun 1521 lagi dan bahasa perantaraan yang digunakan adalah bahasa Melayu.

SITI MUNIROH BINTI ABDULLAH
UTeM, 2010

No comments:

Post a Comment

My Blog List