CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kontrak Sosial dan Perbezaan Agama serta Adat



Kini kita telah pun 50 tahun merdeka, hampir semua orang Cina dan orang India yang menjadi warganegara Malaysia hari ini adalah lahir di bumi Malaysia ini. Kesetiaan dan kecintaan mereka kepada Malaysia memang tidak boleh disangsikan. Di sinilah tempat mereka dilahirkan dan disini jugalah tempat mereka mahu dikebumikan.

Oleh itu ‘kontrak sosial’ yang pernah dipersetujui untuk suasana di masa yang lalu itu memang tidak relevan lagi. Kita tidak kira kaum seharusnya mempunyai hak yang sama, tidak ada siapa harus menjadi ‘tuan’ dan tidak ada siapa juga yang harus menjadi ‘hamba’. Kita bukan lagi berdepan dengan pekerja asing dari China dan dari India seperti sebelum merdeka dulu, tetapi sekarang kita berdepan dengan orang Cina dan India yang lahir di bumi Malaysia.
Kalau etnik Jawa, Minang, Banjar, Bugis telah boleh diterima setaraf warganegara Melayu lainnya, maka tidak ada sebab etnik Cina dan India tidak boleh mendapat taraf yang sama.

Mungkin perbezaan adat dan agama menyebabkan kita sukar untuk bergaul antara satu sama lain, tetapi ini bukanlah sebab untuk kita membeza-bezakan hak-hak mereka melalui ‘kontrak sosial’ yang dikenakan kepada mereka tanpa mereka mengetahui justifikasi disebalik kewujudan ‘kontrak sosial’ itu.
BY ALIAS MOHD YUSOF
Pada pendapat saya, saya amat setuju apa yang disampaikan oleh Alias Mohd Yusof. Kita mesti tidak kira kaum dan mempunyai hak yang sama. Semua lahir dalam satu negara iaitu Malaysia,dan bukannya dari China ataupun India  seperti apa yang kita maklum bahawa ‘Perpaduan teras kemajuan, persefahaman teras kemakmuran’. Malaysia BOLEH!!!
Lim Sin Ni
FKEKK, UTeM
2010

No comments:

Post a Comment

My Blog List