Pada dasar pemahaman saya, kewujudan kontrak sosial dalam negara kita adalah merupakan satu wacana untuk memastikan kelangsungan keadaan yang harmoni dan sejahtera dalam sesebuah negara itu. Kontak sosial merupakan satu perjanjian rasmi yang termeterai antara semua kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum peribumi yang lain tentang pelbagai aspek yang begitu penting seperti konsep ketuanan Melayu, hak-hak kewarganegaraan, keistimewaan orang Bumiputera dan bukan Bumiputera dan sebagainya.
Kewujudan kontrak sosial merupakan satu titik tolak kepada perpaduan dan keharmonian yang kita capai hari ini. Tetapi mengapa setelah beberapa dekad negara kita terus membangun seiring dengan negara-negara maju yang lain, sesetengah individu terkebelakang semula dengan sengaja membangkitkan isu kontrak sosial yang telah termeterai sejak sekian lama dahulu. Bukankah dengan arus permodenan dan pembagungan yang kian pesat, setiap rakyat Malaysia seluruhnya harus sama-sama terus kehadapan bagi memastikan negara kita terus berada di persada dengan mengekalkan perpaduan dan kerharmonian.
Pada pendapat saya, konsep 1 Malaysia yang diutarakan oleh Perdana Menteri kita sekarang, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak adalah merupakan satu perspektif lain dalam usaha untuk menarik seluruh rakyat Malaysia dalam memperhalusi dan memahami apa itu kontrak sosial yang merupakan satu persetujuan penting yang telah dimeterai satu ketika dahulu. Pada umumnya kontrak sosial merupakan satu perjanjian atau permuafakatan yang melibatkan setiap individu dalam sesebuah negara yang menjadi cermin kepada dunia dalam menunjukkan keadaan sesebuah negara itu samada masyarakat hidup harmoni ataupun goyah.
Persoalannya kini, adakah setiap perincian dalam kontrak sosial hanya dipersetujui oleh masyarakat dulu sahaja dan bagaimana pula dengan masyarakat masa kini? Adakah mereka tahu tentang kewujudan kontrak sosial ini ataupun mereka sekadar memekakkan telinga dan menidakkan sesuatu yang ada dan benar. Sebab utama saya membangkitkan persoalan ini adalah kerana pada masa kini wujudnya suara-suara sumbang yang sengaja mempertikaikan isu-isu penting dan sensitiviti sesetengah masyarakat yang mampu mengganggu gugat keharmonian yang kita capai pada hari ini. Adakah individu-individu ini sengaja mahu menidakkan apa yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita suatu ketika dahulu. Maka dengan itu sangat penting untuk masyarakat di negara kita untuk betul-betul memhahami dan memperhalusi tentang apa itu kontrak sosial bagi memastikan perpaduan terus dapat dicapai sampai bila-bila.
Rujukan: http://www.malimkundang.com/2008/07/memahami-kontrak-sosial-dan-keudukannya.html, http://www.1malaysia.com.my/
NIK SYAZWI NIK MANSOR
UTeM, 2010
No comments:
Post a Comment