Kontrak sosial merupakan salah satu elemen yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin masa lalu ketika negara ingin mencapai kemerdekaan. Menurut laman http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1224%3Akontrak-sosial&catid=183%3Akontrak-sosial&Itemid=2 walaupun kontrak sosial ini tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, elemen ini penting untuk negara mencapai kemerdekaan. Ini adalah kerana ia merupakan muafakat antara kaum yang mewarnai perlembagaan, persepakatan yang diterjemahkan ke dalam perlembagaan. Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri perlembagaan itu.
Menurut pendapat saya, kontrak sosial di negara ini menjurus kepada beberapa perkara yang melibatkan bagaimana hubungan antara kaum di negara ini dapat hidup secara bertoleransi. Menurut laman http://www.scribd.com/doc/9646192/Kontrak-Sosial-Dalam-Perlembagaan-Malaysia kontrak sosial ini ialah hasil persetujuan antara pemimpin semua kaum di Malaysia iaitu penduduk bukan melayu diberikan kewarganegaraan mengikut pendekatan 'jus soli' dan penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum Melayu dalam negara.
Apabila kontrak sosial ini dimeterai dan dipersetujui, elemen di dalamnya diterapkan untuk membina pelembagaan negara. Tujuan perlembagaan diperkenalkan adalah supaya menjamin kestabilan negara, memastikan kelicinan pentadbiran, menjamin taat setia rakyat dan menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Selain itu juga, melalui penerapan elemen kontrak sosial di dalam perlembagaan negara, perlembagaan itu akan lengkap dan sesuai digunakan. Ini adalah kerana, ianya dapat menjamin kerjasama antara kaum untuk memerintah negara. Selain itu, ianya turut menjamin hak istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, selain menjamin kesinambungan sesebuah negara bangsa.
Oleh yang demikian, kontrak sosial ini sangat diperlukan dan perlu difahami seluruh rakyat negara ini. Ini adalah bertujuan untuk mengelak salah faham dan perselisihan faham antara kaum. Jika ianya tidak dihayati, adalah sukar bagi rakyat negara ini untuk terus hidup makmur dan kekal bersatu padu.

FIKRI NAIM
FKEKK, UTeM
2010
No comments:
Post a Comment