CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isu Utama Kontrak Sosial

Salam 1Malaysia.Merujuk kepada artikel tentang Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malaysia di alamat web http://www.scribd.com/doc/9646192/Kontrak-Sosial-Dalam-Perlembagaan-Malaysia,saya mengetahui yang kontrak sosial mempunyai 3 unsur utama di dalamnya rujukan dari penulisan John Locke.Unsur pertama orang yang mencipta kepercayaan iaitu Yang di-Pertua Agong Malaysia dan di kalangan Sultan dan Raja2,kemudian orang yang diberi kepercayaan iaitu pemimpin-pemimpin Malaysia iaitu ahli politik Malaysia, dan kemudian yang memperoleh kepercayaan itu yakni rakyat Malaysia.Isi utama kontrak sosial ialah penerimaan orang Melayu ke atas penduduk bukan Melayu dan juga penerimaan bukan Melayu ke atas ketuanan Melayu.

Saya berpendapat perkara ini boleh mencetuskan kejadian seperti 15Mei1969 jika perkara ini dibangkitkan secara meluas.Umum mengetahui bahawa parti Barisan Nasional di kuasai oleh UMNO,MCA, dan MIC manakala parti pembangkang terdiri daripada PAS,DAP,PKR dan lain-lain parti.Jika perkara ini dicanangkan di dalam setiap parti komponen maka berkemungkinan perpecahan kaum akan berlaku jika tidak dikawal dengan cara yang berhemah dan terkawal. Cadangan Raja Muda Perak,Raja Nazrin di sokong oleh saya,tetapi perbincangan tersebut perlu melibatkan semua kaum di Malaysia dan setiap perbincangan tidak boleh ditunggangi oleh nafsu dan emosi.Isu ini terus digunakan ahli politik kerana nafsu mereka untuk memenangi hati rakyat yang sudah dipecah belah oleh dasar pecah dan perintah yang diperkenal British.

Untuk membolehkan perbincangan berlaku dengan aman setiap orang perlu mengawal nafsu diri sendiri dan juga emosi.Nafsu manusia boleh menghancur diri kita sendiri dari dalam manakala emosi yang tidak terkawal boleh menyebabkan kita memusnahkan sesuatu yang berharga dalam hidup kita.Kerajaan mengadakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mengekang perbincangan kontrak sosial,tetapi seperti yang kita tahu globalisasi menyebabkan perbincangan boleh berlaku di mana-mana sahaja.Hal ini boleh menebalkan sifat perkauman dalam diri masing-masing jika tidak dikekang dengan sepenuhnya.Terdapat juga pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mencampurkan hal-hal berkenaan kontrak sosial dengan agama.Dapat kita lihat parti yang berasaskan Melayu merperkenalkan konsep dan program keagamaan Islam,tetapi adakah kita pernah terfikir yang tidak semua Melayu itu beragama Islam.

Walaupun sebab utama kontrak sosial adalah untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini tetapi rasa tidak puas hati dan juga nafsu manusia boleh menjadikan perkara ini dipertikaikan oleh kaum-kaum lain di Malaysia .Maka akhir kata dari hamba seorang penduduk Malaysia yang merasakan hidup ini perlu dikongsi bersama tetapi tidak sepenuhnya ke atas perkara-perkara seperti keagamaan,cerminlah diri anda sebelum mengkritik manusia lain dan juga kawallah nafsu dan emosi anda sebaik mungkin sebelum menimbulkan isu dan pilihlah perkataan yang tidak menimbulkan hasad dengki dan iri hati dikalangan masyarakat.Berkelakuan dengan kelakuan yang baik boleh menghilangkan sikap perkauman orang lain dari percakapan kerana action speaks louder than words.

Nor Hafizuddin Bin Ismail(NHI)
FKEKK, UTeM
2010

No comments:

Post a Comment

My Blog List