CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Harapan bagi Kedamaian

Walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dengan turunnya bendera union jack (british)dan perkataan merdeka dilaungkan oleh Al-marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebanyak 7 kali,isu kontrak sosial ini tetap akan timbul walaupun isu ini telah dihentikan di dalam Kabinet pada 17 Ogos 2005.

Meskipun ramai pihak mengatakan kontrak sosial ini tidak relevan atau tidak boleh diguna pakai lagi, kita tidak boleh membubarkannya sesuka hati kerana kita tidak seharusnya memandang hanya pada masyarakat yang menyokong untuk dibubarkan walaupun yang menyokong tu merangkumi majoriti masyarakat Malaysia. Bagaimana dengan perasaan masyarakat minoriti yang tidak menyokongnya?? Tidakkah ini boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat ini??Tidakkah kita bimbang jika mereka semua ini akan melakukan sesuatu perkara yang boleh merugikan pihak kerajaan,swasta dan masyarakat??

Dalam isu kontrak sosial ini, kita mestilah berbincang dan mencari jalan yang betul-betul sesuai untuk memuaskan semua pihak. Kita hidup di bumi Malaysia ini mengamalkan prinsip toleransi dan bekerjasama walaupun berlainan bangsa, agama dan warna kulit. Kita sewajarnya mendengar suara rakyat, mendengar pendapat, menganalisis, seterusnya membuat keputusan yang terbaik bagi semua pihak. Bagi menghindarkan golongan minoriti yang tidak menyokong untuk membubarkannya, pemimpin itu sendiri hendaklah turun dan berjumpa, berbincang dan terangkan dengan lebih terperinci. Di sinilah akan bermulanya sesi soal jawab dikalangan masyarakat tersebut dengan pemimpin.

Dengan itu persetujuan boleh dicapai walaupun memakan masa yang lama. Kita tidak mahu perhimpunan haram berlaku di mana-mana. Kita tidak mahu pembunuhan berlaku. Yang kita mahu hanyalah kedamaian. Kedamaian yang berpanjangan. Isu ini sebenarnya tidaklah penting sangat, yang paling penting ialah tentang dunia kita sekarang yang sedang nazak. Kita semua seharusnya bekerjasama dalam menangani pemanasan global yg memuncak. Adakah dunia akan kiamat??Kita pun tidak tahu. Apa yang perlu kita semua buat hanyalah berusaha dan berdoa semoga kedamaian ini berkekalan dan tidak hanya dirosakkan oleh isu yang kecil ini.

MOHD FUAD B. MOHAMMAD KASIM
UTeM
2010

No comments:

Post a Comment

My Blog List