CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pendatang Tanpa Izin

Pendatang asing tanpa izin atau lebih dikenali sebagai pendatang haram adalah terdiri daripada segelintir komuniti yang masuk atau tinggal di sesebuah negara secara tidak sah. Secara tidak sah bererti mereka tidak mengikut undang-undang imigrasi, seperti tidak mempunyai permit dan tidak masuk melalui pintu masuk utama sesebuah negara. Antara faktor yang mendorong kemasukan pendatang asing ini ialah ingin lari dari kemiskinan, mengembangkan populasi bangsa mereka, ingin kembali ke pangkuan keluarga yang tinggal di negara tersebut, dan peperangan. Para pendatang ini terdedah dengan pelbagai risiko seperti di jual seperti hamba di pusat-pusat maksiat, dirogol, dan berkemungkinan menemui ajal. terdapat beberapa cara untuk pendatang asing menceroboh sesebuah negara antaranya melalui sempadan bagi negara-negara yang mempunyai sempadan darat dan sungai dengan negara jiran, melalui pintu utama sebagai pelancong namun terus menetap di negara tersebut walaupun tempoh visa mereka telah luput, dan melalui perkahwinan.
 Azrin Zikri bin Shaairi

pada pandangan saya, pendatang tanpa izin di Malaysia semakin berleluasa seolah-olah tiada pemantauan dari pihak berkuasa. Apa yang menakutkan daripada kesan ini akan mendatangkan bahaya kepada keselamatan orang awam. Terlalu banyak kes-kes jenayah yang membabitkan pendatang tanpa izin ini. Selain itu juga ia mengakibatkan pengangguran pekerja malaysia. Ini kerana dengan mendapatkan khidmat pendatang asing ini akan menguntungkan pihak pemaju keran tidak perlu membayar gaji yang tinggi kepada mereka. Terdapat banyak lagi kesan yang dapat kita lihat daripada pembanjiran pendatang tanpa izin di Malaysia samada dari aspek kebaikan atau keburukan, yang pasti aspek keburukan mengatasi aspek kebaikan. Saya berharap pihak yang berwajib akan lebih bertanggungjawab di dalam mengatasi perkara ini.
hassri aizam (ijam)

Saya setuju dengan pandangan saudara hassriaizam. tapi kita tidak boleh menuduh mereka 100%. Ada juga pendatang yang mempunyai pekerti yang lebih mulia daripada kita. bukan ingin menundukkan bangsa sendiri. Cuma kita harus sedar. Bukan semua pendatang asing datang ke sini bukan untuk berfoya-foya. Mereka punya tanggungjawab yang berat. Kehidupan mereka yang daif mendesak mereka untuk meninggalkan halaman kampung tercinta untuk mencari sesuap nasi. Tetapi permasalahan adakalanya timbul apabila mereka mengamalkan budaya mereka di sini. Sebagai contoh jejaka daripada keturunan lombok di Indonesia mengamalkan budaya melarikan anak dara sunti seseorang untuk dijadikan isterinya. Di sini, budaya itu semestinya sukar untuk diterima kerana adat kita mengamalkan prosedur-prosedur tertentu sebelum seseorang itu diijab kabulkan seperti merisik, meminang dan bertunang. Tetapi apabila adat dan budaya itu dicemari, ia akan menimbulkan kemarahan masyarakat setempat. Jadi saya rasa itu mungkin punca mengapa pendatang asing dikatakan agak bermasalah di sini.
 Azrin Zikri bin Shaairi
 
Kebanjiran pendatang asing di negara ini pada mulanya bukanlah menjadi satu isu yang salah dan bermasalah. Kehadiran mereka juga merupakan buah tangan negara kita apabila kebanyakkan mereka bekerja di sektor-sektor pembangunan dan kilang-kilang. Akan tetapi, setelah diselidik sepenuhnya, isu ini banyak menjurus ke arah negatif apabila kebanyakkan pendatang asing ini dibawa masuk tanpa permit yang sah. Bukankah negara ini mempunyai undang-undang. Kebanyakkan mereka yang masuk tanpa permit ini menampakkan sebenarnya mereka tidak hormat akan undang-undang negara kita. Keadaan bertambah teruk apabila ada sebahagian penduduk Malaysia sendiri yang menyokong mereka atas sebab-sebab mementingkan diri sendiri. Contohnya, majikan di kilang-kilang industri banyak menerima penduduk asing ini untuk bekerja berbanding penduduk Malaysia sendiri dengan alasan pembayaran gaji mereka lebih rendah, sedangkan penduduk Malaysia sendiri menanggung kesusahan untuk mencari pekerjaan. Kebanyakkan mereka berfikiran cetek. Selain ini, gejala-gejala kuning yang berlaku di negara ini juga kebanyakkan berpunca dari pendatang asing tanpa izin ini. Sampai bilakah perkara ini harus diteruskan? Gejala ini harus dibendung dengan lebih pantas sebelum ketenteraman negara ini terjejas gara-gara pendatang asing ini.
WAN NURULASYIKIN BT SELIPOL BAHARI


No comments:

Post a Comment

My Blog List