farah syazwani bte mohd rashid
Kota Lama(Kota Simpang)
Bertepatan dengan zaman yang moden ini,pelbagai tempat baru diwujudkan tidak kira sama ada sebagai tempat pelancongan ataupun perindustrian.Namun begitu,tempat-tempat sejarah ataupun kota-kota lama kian terhakis dari minda kita terutama generasi muda masa kini.Antara kota lama yang kian dilupakan ialah kota Simpang.Pada waktu dahulu,kota ini termasuk dalam daerah Melaka,namun jika diamati dari peta sempadan negeri,kota ini termasuk dalam Negeri Sembilan.kedudukannya yang tiada jalan raya,menjadi salah satu faktor kota ini sukar dihubungi sekiranya tiada bantuan dari orang yang berpengalaman.kota ini berbentuk segiempat bujur dan terdapat 4 buah lubang yang masih menjadi tanda tanya apakah fungsinya.Terletaknya di tebing Sungai Linggi yang juga telah dikenali sejak beberapa kurun lampau,dalam Tuhfat Al-Nafis yang ditulis oleh Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji,ada mengatakan telah berlaku peperangan di Sungai Linggi iaitu antara pengikut PenghuluLinggi dengan orang Bugis Selangor di bawah ketua Opu Kelana Jaya Putera.Peperangan ini berpunca kerana Penghulu Linggi mengenakan cukai terhadap tangkapan ikan daripada Orang Bugis.walaupun ia telah lama berlalu ,ia tidak seharusnya dilupakan.kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya tahu akan asal usul kota ini dan juga kota-kota lama yang lain.Tidak hanya tahu akan namanya,tetepi juga peristiwa yang berlaku pada masa dahulu.
Anis Syafiqah bt. Jamaludin
Kota-kota Melayu di Johor
Kota Baru merupakan salah satu senibina orang Melayu kota yang tertua dan teragung di Nusantara ini.Kebanyakan kota dibina daripada timbunan tanah tetapi Kota di Hulu Sayang(Sayong Pinang) menggunakan ketul-ketul batu merah.Di Pagoh,terdapat sebuah kota yang dibina oleh Sultan Mahmud Syah.Selain itu,di Muar, Kota Buruk, Kota Bentayan,
dan Kota Biawak Busuk dikaitkan dengan seorang raja Melaka bernama Parameswara.
dan Kota Biawak Busuk dikaitkan dengan seorang raja Melaka bernama Parameswara.
NABILAH BINTI JASMI
Sejarah Pembinaan Kota Melayu
Kota Melayu telah wujud berabad lama dahulu.Pembinaan kota ini boleh dikaitkan dengan peningkatan tamadun orang Melayu kita dimana sudah tahu cara untuk mentadbir sesebuah kawasan dalam memahsyurkan sesebuah etnik untuk dikenali seantero dunia.Pembinaan Kota-Kota Melayu juga melambangkan kedaulatan seseorang pemerintah dalam mentadbir kota mereka.Kota Melayu melambangkan kemahsyuran orang-orang melayu.
MUHAMMAD HAKIMI BIN ZAHIR
Pembinaan Kota-kota Melayu
Kota-kota Melayu biasanya didirikan berhampiran sungai-sungai besar kerana masyarakat Melayu kebanyakkannya mencari keperluan hidup mereka di kawasan tersebut. Sungai juga memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan sesebuah kota pada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka kerana ianya merupakan sumber pengangkutan terpenting pada zaman itu. Ianya terbukti dengan penemuan beberapa tinggalan sejarah seperti syiling dan sisa kota yang telah roboh.
Zawawi Bin Embong
Pada pendapat saya,kota-kota lama telah meninggalkan banyak sejarah untuk di lihat oleh generasi akan datang.Ia telah memperlihatkan kesenian melalui pengukiran kota-kota lama.Selain itu,ia telah membuktikan bahawa sejak daripada dulu pemerintahan telah wujud.Sikap inovasi dan kreatif mereka telah menjadi inspirasi kepada generasi sekarang.Mereka juga terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam ekonomi.Perebutan kuasa yang berlaku telah membawa kepada kemunduran.Oleh itu,perpaduan sangat penting dalam sesuatu pembangunan.
NORSHAHIZA BT ABDUL BASHID
Kota-kota Melayu di Kedah
Kota bermaksud kubu atau benteng pertahanan dan pusat pentadbiran. Kota Langkasuka adalah satu contoh kota yang terdapat di Kedah dimana bermulanya pembinaan kota dan istana raja Melayu. Ia dibina oleh raja Kedah pertama, Maharaja Derbar Raja. Kesan-kesan kota ini terdapat tidak jauh dari Kuala Sungai Sok berhampiran dengan bandar Nami.
Engku Nurul Athirah bt Engku Hasan Wardi
Di negeri Perak terdapat beberapa kesan kota yang dapat di kesan antaranya ialah Kota Gangga Negara. Kota Gangga Negara adalah kota yang tertua di neger Perak. Ia terletak di atas Bukit Segari dan dibina semasa zaman kerajaan Gangga Segari.Dan kesan kota tersebut masih lagi dapat di lihat di atas bukit tersebut. Selain itu, di sepanjang tebing Sungai Perak bermula dari Pulau Besar sehingga ke Kota Lama terdapat juga beberapa kesan kota. 11 daripada 22 buah kesan kota yang terdapat di negeri Perak masih dapat dikaji selidik dan terdapat beberapa kota yang dibina daripada timbunan tanah dan batu bata. Walau bagaimanapu, kesan- kesan kot ini akan hilang jika tidak ada pihak yang berusaha untuk memeliharanya. Oleh itu, pihak sepatutnya haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memelihara warisan kota tersebut.
Rosnizar ASILAH BT ABD MUTALIB
asslamualaikum,
pada pendapat saya,
sejarah kota-kota melayu pada zaman terdahulu.
memberi saya pengajaran dimana
pemerintah pada zaman dahulu tidak mempunyai pemikiran yang bijak dimana mereka suka menyelesai masalah dengan peperangan seperti,
yang telah berlaku pada 1615 dimana Acheh.telah menyerang
Johor buat kali kedua ,sewwaktu itu titik pemerintahan diperintah oleh Sultan Allauddin Riayat Shah II,
hanya disebab perkara-perkara kecil dimana pemerintah Acheh yang marah pada sultan Johor kerana berbaik dengan portugis dan belanda dan sultan Alauddin telah dihukum bunuh hanya disebabkan perkara itu.

Muhammad Afif Bin Razak
Negeri Melaka terkenal dengan jolokan nama negeri yang penuh dengan sejarah.Antara sejarah yang ada ialah
sejarah kota melayu,contohnya ialah kota simpang yang terletak di tebing Sungai Linggi dan Sungai Rembau.
Apabila Raja Iskandar membuka Melaka,Baginda memerintahkan supaya rakyatnya membina istana yang berkota dan kemungkinannya istana kota tersebut terletak di atas Bukit Melaka yang sekarang dikenali sebagai Bukit St.Paul.Bagi mengelakkan kesan-kesan kota ini hilang,pihak yang bertanggungjawab haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakan sejarah kota Melaka hilang.

SITI SALEHA BINTI RASLI
Kota Ngah Ibrahim
Benteng ini dibina pada tahun 1870-an sebagai kediaman Ngah Ibrahim. Selepas pembunuhan J.W.W. Birch pada 1 November 1875, benteng menjadi mahkamah untuk persidangan pembunuhan Birch. Dato Maharaja Lela, Dato 'Sagor, Sepuntum dan Pandak Indut dinyatakan bersalah dan dijatuhi hukuman mati dengan digantung di mahkamah. Ngah Ibrahim, Sultan Abdullah dan negarawan lain dibuang ke Seychelles. Ngah Ibrahim meninggal pada tahun 1887 di Singapura dan dikebumikan di Masjid Al-Junied pengebumian. Namun, pada 7 September 2006, mayat Ngah Ibrahim dibawa kembali ke Perak dan ditanam kembali berhampiran rumahnya.
Pada 1900-an, mahkamah dipindahkan ke gedung baru di Taiping. Pada tahun 1913, rumah itu berubah menjadi yang maktab perguruan pertama bagi guru Melayu, yang dikenali sebagai Matang College. Sepuluh tahun kemudian, kampus tersebut ditukar nama kepada Sultan Idris Training College di Tanjung Malim. Selanjutnya, kediaman itu berubah menjadi sebuah sekolah rendah, Sekolah Rendah Kebangsaan Matang. Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1941, tentera Jepun membuat benteng markas dan pusat operasi perang strategik. Selepas Jepun menyerah pada tahun 1945, kubu ini berubah lagi menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan Matang hingga tahun 1982 apabila sekolah ini berpindah ke bangunan baru di dekat benteng. Dari 1987, kubu ini diambil alih oleh Jabatan Muzium Perak sebagai halaman sejarah negara yang dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim Historical Complex.

ahmad souffi bin mohd shaffei
sejarah kota Johor
pemerintah Johor yang terdahulu
telah betindak melulu yang hanya mempunyai padangan yang cetek dan tidak berpandangan jauh yang hanya memdatangkan faedah dimasa yang singkat
contohnya,
pemerintah Johor yang terdahulu
telah betindak melulu yang hanya mempunyai padangan yang cetek dan tidak berpandangan jauh yang hanya memdatangkan faedah dimasa yang singkat
contohnya,
sewaktu kerajaan Johor diserang oleh angkatan perang Acheh, Sultan Johor yang bernama Abdul ali Jalla Abdul Jalil Shah II telah membuat perjajian dengan portugis yang mendatangkan kerugian dan pengajaran pada semua manusia.dimana melaka telah diserang portugis yang dulu merupakan kawan
Muhammad Saufi bin Siron
Kota Lukut
Kota Lukut merupakan sebuah kota yang digunakan sebagai pusat pertahanan dan juga pentadbiran seorang pemerintah pada zaman kota ini masih berfungsi. Sejarah Kota Lukut bermula apabila seorang anak raja Melayu dari Selangor bernama Raja Busu bersama-sama pengikutnya membuka Lukut dan tidak lama kemudian, Lukut menjadi sebuah tempat yang sangat penting dalam pengeluaran bijih timah. Disebabkan oleh hal ini, Raja Busu mengambil kesempatan dengan mengenakan cukai terhadap pengeluaran bijih timah dari Lukut. Akibatnya, pada bulan September 1834, Raja Busu telah dibunuh oleh orang Cina yang mengeluarkan bijih timah di daerah tersebut akibat rasa tidak puas hati mereka terhadap dasar pemerintahan tersebut.
Muhd Azfaidzullah bin Md Jusa
Terdapat beberapa kota lama yang masyhur di Malaysia.
Salah satunya ialah Kota Malawati dan Kota Tanjong Keramat.
Petama, di Kota Malawati , terdapat makam sultan-sultan Selangor iaitu sultan yang pertama hingga ketiga berserta kaum kerabat yang lain.
Kawasan kota Malawati ini berhampiran juga dengan rumah api dan beberapa buah rumah kediaman pegawai-pegawai kerajaan .Selain itu, bangunan tersebut ialah menara pemancar radio dan rumah rehat kerajaan di sana.
bentuk kota Malawati ini juga sanga menarik. Iaitu berbentuk segiempat ,dibuat daripada timbunan tanah dan keul-ketul batu pejal yang disusun oleh tukang-tukang batu yang mahir.Luas kota iu kira-kira 74mx30m bentng kota ini ditambak dengan tanah kira-kira dua meter tingginya dari paras dalam kota.
Para pelawat yang ingin melawat kota bersejarah ini boleh menggunakan jalan bertar dari bandar Kuala Selangor menuju ke puncak bukit tersebut.Bagi yang gemar berjlan kaki ,mereka boleh mendaki dari pekan Kuala Selangor, para pelawat boleh berkereta hinga sampai ke pinggir kota.

DAYANG KARTINI BINTI HARON
Kota Kuala Kedah dapat dilihat dengan jelas dari jeti pekan Kuala Kedah. Pertelingkahan yang sering berlaku antara anak-anak raja telah menyebabkan peperangan antara mereka. Mereka meminta bantuan daripada pihak luar. Kelalaian pemerintah dalam memberi bantuan kepada pihak luar tanpa soal selidik telah menyebabkan kota dapat ditawan oleh pihak musuh dengan mudah.
ALEENA BALQIS AZIZAN
Negeri Selangor mempunyai beberapa buah kota melayu yang masih utuh dan tidak banyak kerosakan, sebuah terletak di kelang dikenali sebagai Kota Raja Mahadi dan dua buah lagi di Kuala Selangor dikenali sebagai Kota Malawati dan Kota Tanjung Kearamat. Di bandar Kuala Lumpur pada pertengahan kurun ke-19, didapati ada dua buah kota kepunyaan orang besar melayu, sebuah dikenali sebagai Kota Datuk bandar Yasih atau Kubu Datuk Yasih. Datuk yasih merupakan Datuk Bandar yang pertama wujud di Kuala Lumpur.
SUHAIDA BINTI JUHARI
Perkataan 'kota' mengandungi beberapa erti bergantung kepada maksud ayat dan cara penggunaan.Kota boleh membawa erti bandar iaitu bandar besar atau bandaraya.selain itu,kota juga menbawa maksud 'teguh janji'.Kota juga boleh memberi erti 'terikut-ikut' atau 'berlagak'.Perkataan kota juga membawa maksud 'kubu' atau 'benteng pertahanan dan pusat pentadbiran raja-raja melayu pada zaman kegemilangan pemerintahan tradisi kerajaan melayu.
NOR IZYANI BT MUSTAFFA
Pada penelitian saya mengenai sejarah pembinaan kota-kota melayu di nusantara pada zaman kegemilangan kerajaan melayu melaka menunjukkan orang pada zaman itu mempunyai idea kejuruteraan yang hebat terutama dalam bidang pembinaan dan ianya tebukti pada tahun 1960 setelah pihak muzium yang melakukan carigali di tapak bekas kota johor lama menemui teknik kejuruteraan yang sangat hebat dalam pembinaan benteng kota dan ianya diakui sangat kukuh sehingga kesanya masih ada sehingga kini walaupun pernah cuba dirobohkan portugis.
Mohamad Izzuddin Bin Isa
Kota-kota bersejarah ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap masyarakat pada zaman ini.Sejarah kota-kota ini menunjukkan betapa pentingnya adab dan martabat sesuatu bangsa dan jatuh atau naik kerajaan itu dalam sesebuah negara.Kota-kota ini juga menunjukkan sesuatu asimilasi dalam sesebuah pembangunan terhadap masyarakat yang berbilang kaum.Dengan ini keamanan yang dikecapi selama ini haruslah dijaga dengan baik.
MUHAMMAD ASRI BIN YAAKUB
Kota-kota Melayu lama.
Pada pendapat saya,kota-kota lama adalah satu peningalan yang sangat bernilai di dalam Malaysia. Kota-kota lama telah menunjukkan sentimen yang amat mendalam dan ianya blh di kaji oleh generasi sekarang terutamanya.Asimilasi yang berlaku telah memberikan banyak perubahan kepada dunia sekarang.Oleh itu amat penting bagi sesuatu generasi memyimpan segala khazanah yang ada untuk di ketahui oleh generasi akan datang.

INTAN NURLIANA BINTI ANNUAR
No comments:
Post a Comment