Nazren bin Daud
The legacy of the Malay Letter
Legacy means warisan if direct translate in Bahasa Malay words.Well from my point of view, the phrase The legacy of Malay letter means the historic document evidence of a rich malay heritage.The letter will be very helpful for the users within and outside the country. Besides, i think that this letter can help in promoting mutual relationship.
LOUIS KUEH FUNG YEN
I think that the legacy of malay letter is useful in directing public attention to the malay manuscript holdings from different places. It will also be served for the needs of researchers at National Archives of Malaysia. The art of the letter-writting is the primary source for study of economic, political and diplomatic history of malay archipelago.
ahmad saufi bin ahmad jawahir
Assalamualaikum. Komen saya mengenai tajuk surat-surat melayu yang baru diterangkan pagi tadi itu, saya rasa ia amat berguna kepada semua orang untuk mengetahuinya kerana ianya merupakan manuskrip tinggalan lama yang sangat bermanfaat kepada orang ramai terutamanya golongan masa kini yang kebanyakkannya sudah tidak mempedulikan tentang sejarah lagi yang mana mempunyai kaitan dengan hidup kita.
SHAKILA BINTI ABD MALIK
Dalam topik ini mempunyai katalog yang menjadi panduan kepada para penyelidik di Arkib Negara Malaysia. Dalam penelitian saya terdapat surat-surat bertinta emas dan dokumen-dokumen bersejarah yang tersimpan kekal sebagai bukti warisan khazanah diRaja Melayu yang tidak ternilai. Warisan warkah Melayu juga menekankan bidang ekonomi, politik dan sejarah diplomatik di Kepulauan Melayu.
Seratus Pucuk Surat-surat Melayu
Menurut bacaan saya, surat Melayu lama merupakan luahan hati raja-raja Melayu yang telah ditulis sejak tahun 1787. Surat-surat ini merupakan dokumen penting yang mengandungi maklumat berkaitan perdagangan, politik dan hubungan raja-raja Melayu dengan pemerintahan Inggeris menggunakan bahasa Melayu kuno. Melalui surat ini juga dapat menjernihkan hubungan kasih sayang dan salah paham dikalangan raja-raja Melayu pada masa tersebut.Surat Melayu lama ini juga boleh memberi kesan kepada pembaca melalui penulisannya yang unik agar terbentuk jiwa patriotisme dalam membentuk jati diri.
MUHAMAD AZIZUL
Surat surat Rafles, 1810-1824
Rafles telah menrbitkan bukunya yang terkenal The History of Jawa pada tahun 1817.Banyak telah ditulis mengenai Raflas dibangdingkan dengan tokoh tokoh yang penjajah British di Asia Tenggara yang lain. Di sini perhatian khusus akan ditumpukan kepada surat-surat melayunya.Boleh dikatakan semua surat melayu yang dialamatkan kepada Rafles yang masih disimpan di British Library.
Muhammad Zulhusni Bin Rasul
Surat-surat Light
Surat-surat Light merupakan koleksi terbesar surat-surat melayu yang masih kekal hingga ke hari ini.Beliau dikenali ramai sehingga ke zaman ini kerana pendudukan beliau dalam East India Company di Pulau Pinang.Surat-surat ini menunjukkan hubungan komersil antara pihak Light dan rakan niaganya SCOTT dan EIC dengan raja-raja, pembesar-pembesar melayu dan para peniaga tempatan.
MUHAMMAD HAIKAL BIN KAMAL BAHARIN
Menurut bacaan saya, surat Melayu lama merupakan luahan hati raja-raja Melayu yang telah ditulis sejak tahun 1787. Surat-surat ini merupakan dokumen penting yang mengandungi maklumat berkaitan perdagangan, politik dan hubungan raja-raja Melayu dengan pemerintahan Inggeris menggunakan bahasa Melayu kuno. Melalui surat ini juga dapat menjernihkan hubungan kasih sayang dan salah paham dikalangan raja-raja Melayu pada masa tersebut.Surat Melayu lama ini juga boleh memberi kesan kepada pembaca melalui penulisannya yang unik agar terbentuk jiwa patriotisme dalam membentuk jati diri.
azlin azlan
terdapat pelbagai jenis surat yang telah mula menapak di tanah melayu sejak kurun ke13 lagi.. Surat-surat bermula dengan kata-kata pujian diikuti pula dengan perkataan yang menjurus kepada apa yang hendak diperkatakan.. pengutus adalah penting kerana membawa nasib sesebuah negara..cop mohor mempunyai perbezaan yang dapat dilihat untuk membezakan pemilik surat..
FATIN NABILA BINTI MOHAMAD
Setelah membaca pengisian tentang sejarah warisan warkah melayu banyak manfaat yang kita perolehi dari peninggalan warisan warkah melayu yang dulunya tidak diberi perhatian untuk mengkajinya terlebih awal.Contohnya,terbukti gaya surat menyurat melayu dulu berkambang pesat sehingga kini.Khazanah yang ditinggalkan itu amat bermakna dari segi perkembangan ekonomi negara.
sekian,
sekian,
FATIN NABILA BINTI MOHAMAD
Kebesaran surat yang paling penting ialah cap mohor , yang biasanya ditempatkan sama ada di bahagian atas teks atau di jidar kanan selari dengan baris pertama; dalam beberapa surat yang terkemudian terdapat juga tandatangan. Selain itu,ungkapan ringkas dalam bahasa Arab, ditulis di bahagian atas lembaran kertas. Pemilihan kata dan letaknya kadangkala berubah mengikut pangkat penulis dengan penerima dan juga tujuan surat itu ditulis. Adat-adat surat juga ialah memberi puji-pujian yang menyatakan nama, gelaran dan alamat pengirim dan penerima.
Nuur Farhani Bt Abd Razak
Menurut pembacaan saya apa yang boleh di perkatakan adalah bentuk tulisan atau surat-surat yang di tulis oleh raja-raja melayu sekitar kurun ke 18-19 adalah sesuatu yang tersirat dan sukar untuk di fahami kerana ayat atau perkataan yang di gunakan menggunakan bahasa melayu lama. Malahan, raja-raja melayu dahulu membandingkan kebaikan orang yang di perkatakan terlalu mendalam sehinggakan ada di antara surat-surat yang di tulis tidak dapat di fahami oleh generasi sekarang. Malahan dari pembacaan saya mengambarkan perubahan bahasa pada surat-surat diraja bergerak dengan kadar yang perlahan kerana sultan atau raja akan mengekalkan keperkasaan bahasa dan kedaulatan baginda melalui bahasa penulisannya. Selain itu, wujudnya pertukaran kod (code-switching) dan percampuran kod (code-mixing) dalam bahasa penulisan diraja apabila wujudnya tekanan politik. Bagaimanapun perubahan ini bersifat sementara sahaja kerana raja akan menulis dalam ‘bahasanya’ semula mengikut hierarki kedaulatan baginda dalam ‘takhtanya’ apabila baginda menulis kepada rakan sejawat yang lebih ‘akrab’ dan yang lebih disenanginya tanpa tekanan. Oleh itu, dari pembacaan saya dapat di simpulkan dan ini melihatkan perubahan perbendaharaan kata melalui tiga struktur iaitu dalam ‘pembuka surat’, ‘isi surat’ dan ‘penutup surat’ pada keseluruhan surat raja-raja terdahulu.
URL: http://www.Perubahan_Bahasa_dalam_Warkah_ Diraja_Melayu/blog/um.edu.my/
URL: http://www.Perubahan_Bahasa_dalam_Warkah_ Diraja_Melayu/blog/um.edu.my/
NORHUDA BINTI OTHMAN
Surat-surat melayu lama merupakan satu sumber penceritaan sejarah bagaimana terbentuknya negara kita iaitu Malaysia. Pada zaman dulu, pengutusan surat merupakan satu sumber perhubungan utama antara manusia. Surat-surat melayu lama ini ditulis dalam bahasa yang sangat puitis. Ini menunjukkan keindahan bahasa yang mencerminkan tatasusila setiap kelompok masyarakat.Melalui pengutusan surat juga, ia dapat mencerminkan keperibadian seseorang. Sebagai contoh, Sulat Mahmud Syah yang memerintah Riau pernah mengutuskan sepucuk surat kepada Senyur Gurnadur F.Ligth yang merupakan Jeneral Inggeris yang berkuasa pada zaman 1782. Baginda mengetepikan soal maruah semata-mata mahu menyelamatkan Riau daripada ditakluti lanun dengan meminta bantuan dari segi peralatan peperangan seperti meriam dan peluru kepada Senyur Gurnadur F.Light. Ini membuktikan keperibadian baginda Sultan yang bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa dipelihara. Sifat murni ini mugkin boleh dijadikan tauladan kepada kita semua.
Siti Khalijah Binti Mohd Yasin
Pada pemahaman saya melalui pembacaan saya tentang surat bernombor 36 yang bertajuk "Surat Tunku Pengiran Siak kepada Lord Minto, 18 Zulkaedah [1225] (15 December 1810)" daripada artikel "100 Pucuk Surat Melayu", kesimpulan yang dapat saya berikan adalah Tunku Pengiran Sukma Dilaga yang pernah berhenti seketika di negeri Siak sekarang sudah ini berada di dalam negeri Melaka telah menulis sepucuk surat kepada Tuan Gurnur Jenderal di Benggala iaitu raja atas segala raja2 yang mempunyai jajahan takluk di bawah bendera raja negeri Inggeris. Tujuan beliau menulis surat ini adalah untuk memberitahu yang beliau telah keluar dari negeri Siak dan datang ke negeri Melaka kerana beliau terdengar bahawa Tuan Gurnur Jendela di Benggala ditimpa kesusahan kerana ada orang-orang jahat membuat kacau di tanah Timur. Oleh yang demikian, Tuan Gurnur Jendela telah mencari seorang pengganti untuk menggantikan beliau untuk membuat segala kerjanya iaitu Thomas Raffles Esquire. Mereka mempunyai satu prinsip iaitu selagi belum tibanya ajal, mereka akan mengerjakan segala pekerjaan mereka sehingga habis dengan begitu telita dan berpuas hati. Mereka juga mempunyai ikatan silatulrahim yang kuat. Setakat itulah sahaja pemahaman tentang surat ini.
JULINA BINTI OTHMAN
Mengikut pemahaman daripada bacaan saya, 100 pucuk surat Melayu lama adalah merupakan tempat raja-raja Melayu meluahkan sesuatu yang telah dicoretkan sejak tahun 1787. Surat-surat ini merupakan dokumen yang amat penting yang mengandungi maklumat berkaitan hubungan raja-raja Melayu, politik dan perdagangan bersama pemerintahan Inggeris. akan tetapi, surat yang ditulis semuanya menggunakan bahasa Melayu Kuno yang agak sukar difahami. Melalui surat ini juga, ianya dapat memulihkan kembali hubungan antara raja-raja dahulu kerana segala yang terjadi dicoretkan di dalam surat tersebut. Surat ini amat berguna kepada generasi masa kini kerana ianya dapat memberi gambaran tentang kehidupan raja-raja zaman dahulu kepada generasi masa kini yang semakin tenggelam dalam arus kemodenan.
JULINA BINTI OTHMAN
Mengikut pemahaman saya daripada pembacaan surat yang bernombor 36 yang bertajuk "Surat Tunku Pengiran Siak kepada Lord Minto, 18 Zulkaedah [1225] (15 December 1810)" daripada "100 Pucuk Surat Melayu", kesimpulan yang dapat saya simpulkan adalah Tunku Pengiran Sukma Dilaga yang pernah berhenti seketika di negeri Siak sekarang ini sudah berada di dalam negeri Melaka telah menulis sepucuk surat kepada Tuan Gurnur Jenderal di Benggala iaitu raja atas segala raja-raja yang mempunyai jajahan takluk di bawah pemerintahan raja negeri Inggeris. Tujuan baginda menulis surat ini untuk memberitahu yang baginda telah keluar dari negeri Siak dan datang ke negeri Melaka kerana baginda terdengar bahawa Tuan Gurnur Jendela di Benggala ditimpa kesusahan kerana ada orang-orang jahat membuat kacau di tanah timur. Oleh yang demikian, Tuan Gurnur Jendela telah mencari seorang pengganti untuk menggantikan beliau untuk membuat segala kerjanya iaitu Thomas Raffles Esquire. Mereka mempunyai satu prinsip iaitu selagi belum tibanya ajal, mereka akan mengerjakan segala pekerjaan mereka sehingga habis dengan begitu telita dan berpuas hati. Mereka juga mempunyai ikatan silatulrahim yang kuat. Setakat itu sajalah yang saya faham tentang surat ini. Terima Kasih.
JULINA BINTI OTHMAN
Surat kepada Raffles di Bengkulu :
Selepas meninggalkan Melaka, Raffles terus tinggal di Asia Tenggara selama 11 tahun lagi. Walau bagaimanapun, tetapt tidak banyak perutusan Melayunya dalam zaman ini yang masih ada.Dalam tempoh enam tahun di Bengkulu, setakat ini hanya dua pucuk surat Melayu yang diketahui sahaja .
Selepas meninggalkan Melaka, Raffles terus tinggal di Asia Tenggara selama 11 tahun lagi. Walau bagaimanapun, tetapt tidak banyak perutusan Melayunya dalam zaman ini yang masih ada.Dalam tempoh enam tahun di Bengkulu, setakat ini hanya dua pucuk surat Melayu yang diketahui sahaja .
MUHAMAD MUAZZAM BIN NGADINAS
Pada pendapat saya, surat menyurat adalah salah satu cara perhubungan yang masih digunakan sehingga sekarang.Ia berbeza dari segi cara,format atau menggunakan penambahbaikkan melalui teknologi. Oleh itu, peredaran masa menyebabkan sekarang ini surat lebih mudah dan selamat untuk diutuskan kepada pihak yg lain.
Muhammad Hasif Bin Saidin
Berdasarkan apa yang telah saya baca mengenai 100 pucuk warkah/surat melayu, saya dapati bahasa yang digunakan telalu puitis, sukar untuk difahami serta mengambil masa yang agak lama untuk mengetahui setiap kandungan warkah/surat. Warkah/surat yang ditulis menggunakan mukadimah yang sangat panjang sebelum memberitahu hajat atau tujuan sebenar warkah/surat itu diutuskan. Orang melayu terdahulu berhubung dengan negara luar tidak mengira atas urusan apa sekalipun hanya menggunakan warkah/surat. Warkah/surat itu sekaligus merupakan dokumen penting bagi sejarah tempatan kerana mengandungi informasi tentang berbagai bidang seperti urusan diplomatik, keadaan politik, perdagangan, dan mencerminkan komplekasi hubungan antara raja-raja Nusantara dan pemerintah barat.
Warkah/surat melayu lama merangkumi pelbagai aspek linguistik, iaitu daripada kosa kata sehinggalah aspek wacana. Warkah/surat melayu lama juga sukar untuk difahami kerana mengandungi pelbagai ejaaan yang tidak seragam dan tulisan yang terlalu halus. Bagaimana pun disebalik kesukaran itu terselit pelbagai ilmu masyarakat tradisional yang masih belum dikaji oleh masyarakat moden.
Mereka berhubung atau berkomunikasi dari jarak yang jauh hanya menggunakan utusan sebagai pengganti diri. Pihak luar juga yang menerima utusan tersebut akan memberi tindak balas dengan kiriman warkah/surat juga.
Warkah/surat melayu lama merangkumi pelbagai aspek linguistik, iaitu daripada kosa kata sehinggalah aspek wacana. Warkah/surat melayu lama juga sukar untuk difahami kerana mengandungi pelbagai ejaaan yang tidak seragam dan tulisan yang terlalu halus. Bagaimana pun disebalik kesukaran itu terselit pelbagai ilmu masyarakat tradisional yang masih belum dikaji oleh masyarakat moden.
Mereka berhubung atau berkomunikasi dari jarak yang jauh hanya menggunakan utusan sebagai pengganti diri. Pihak luar juga yang menerima utusan tersebut akan memberi tindak balas dengan kiriman warkah/surat juga.
SITI FATIMAH BINTI BABA
Menurut pembacaan saya pada surat-surat Melayu, kebanyakan surat ini ditulis dari Sultan-sultan di Tanah Melayu atau wakilnya kepada Kompeni Inggeris. Surat-surat ini dihantar dari pihak ketiga iaitu orang bawahan Sultan. Isi kandungan surat-surat ini banyak mengisahkan mengenai hubungan muafakat diantara Tanah Melayu dan Inggeris. Selain itu juga, surat-surat ini ditulis oleh Sultan atau Raja sebagai meminta perlindungan dari pihak Inggeris serta kelengkapan perang untuk pertahanan di Tanah Melayu. Di samping itu juga, kandungan isi surat ini menceritakan peradaban dan tamadun pada zaman dahulu kala. Ia menceritakan kisah dan cara hidup seseorang. Kesimpulannya, saya dapat melihat ayat-ayat yang menunjukkan kata-kata indah yang diterapkan di dalam surat ini. Tidak terkecuali juga, mereka menghormati dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam surat ini.
AMIRAH BINTI ABDUL RASHID
Surat Melayu Kuno???saya percaya tak ramai anak muda sedar akan kewujudan surat-surat melayu ini. Begitu juga saya, sehinggalah ianya menjadi salah satu tugasan yang sedikit sebanyak akan mengpengaruhi Ijazah saya nanti. Awalnya begitu sukar untuk difahami maksud yang tersurat di samping yang tersirat surat-surat yang dikarang sekitar tahun 1521 ini, begitu banyak ayat-ayat puitis yang diguna. Adakalanya berkerut dahi sewaktu berusaha memahamkan bait-bait ayat yang lazimnya lebih berabad wujudnya berbanding kita. Surat yang di karang oleh Raja Muda Perlis kepada Gurnadur amat menarik minat saya. Tujuan asal surat itu hanyalah meminta Gurnadur membaiki jam Raja Muda Perlis yang rosak tetapi kata alu-aluan surat itu sagat menarik. Penuh dengan penghormatan dan kasih sayang. Ianya mampu mencerminkan budaya zaman datuk nenek kita. Malangnya perkara seperti ini tidak mampu menarik anak-anak muda kita hayati makna di sebalik alunan pena ini. Harapan yang hanya tinggal saki baki, biarlah surat melayu ini ‘tak lapuk di hujan, tak lekang dek panas’.
NurUl diAnNa SofFia Bt ImraN
Surat daripada Paduka Seri Sultan Umar ibn al-Sultan Ahmad al-marhum yang memerintah Terengganu kepada Behormat Kolonil Orfeur Cavenagh datang ke majlis beliau dengan daerah takhluknya, Darul Makmur wa-al-mashur. Tujuan surat ini merupakan penganti pertemuan dengan Behormat Kolonil serta hajat untuk memberitahu mengenai orang bajak yang terdiri daripada Cina dan Bugis telah datang ke laut negeri Sultan dan melanggar orang Terengganu yang mencari rezeki di Singapura. Oleh yang demikian, pedagang-pedagang menjadi takut dan sukar mencari rezeki. Dengan ini berharap Behormat Kolonil dapat mengambil tindakan ke atas orang yang berniat jahat ketika berdagang di laut. Maka dengan ini, Sultan Terengganu mengucapkan terima kasih dan berbesar hati dengan Tuan Kolonil jika dapat menyelesaikan masalah yang melanda ini.
azlin azlan
No comments:
Post a Comment