Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Sejarah kedatangan Bugis dipercayai telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16.
Ameer Miftah Bin Ramly
Etnik Melanau
Melanau terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat ini mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu dari segi kebudayaan , kepercayaan dan adat resam. Oleh itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Masyarakat Melanau mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri contoh nya dalam aspek kehidupan seperti kelahiran, perkahwinan dan kematian.
Muhammad Faiz Asyraf Bin Wahi
Etnik Bajau
Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah. Populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan samporna dan kota Belud. Dari segi sejarahnye, kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu dititikberatkan.
Muhamad Izmal Bin Zainal Abidin
Kaum Pribumi Bisaya
kaum pribumi bisaya berasal dari barat laut borneo di Sabah dan Timur Sarawak.kaum bisaya dikaitkan dengan kaum bisaya(Visayan) di Filipina tetapi secara dasarnya, suku Bisaya hanya terdapat di Borneo sahaja.tetapi Visaya yang terdapat di Filipina langsung tidak mempunyai perkaitan rapat dengan Bisaya di Borneo.melalui perbandingan bahasa mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa Melayu dari bahasa suku Bisaya di Filipina.
NURSALFARINA MUHAMAD
Etnik Minangkabau
Orang Minangkabau berasal daripada Sumatra Barat di Indonesia.Mengamalkan adat Matrilineal iaitu harta diwariskan dari ibu kepada anak perempuan.Mula menetap di Negeri Sembilan pada abad ke-14.Dari suku inilah lahirnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil 'Penghulu' kemudiannya 'Undang' dan akhir sekali Yang di-Pertuan Besar.Negeri Sembilan berada di bawah naungan kerajaan Melayu Johor.
Orang Minangkabau berasal daripada Sumatra Barat di Indonesia.Mengamalkan adat Matrilineal iaitu harta diwariskan dari ibu kepada anak perempuan.Mula menetap di Negeri Sembilan pada abad ke-14.Dari suku inilah lahirnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil 'Penghulu' kemudiannya 'Undang' dan akhir sekali Yang di-Pertuan Besar.Negeri Sembilan berada di bawah naungan kerajaan Melayu Johor.
ADLI MUQMIN BIN AZHAR
Etnik Kenyah
Kaum Kenyah ialah kaum terbesar(Bumiputera)yang mendiami di kawasan pedalam daerah Baram dan Belaga di Sarawak,Malaysia serta Kalimantan,Indonesia.Asal usul masyarakat Kenyah adalah di Dataran Tinggi Usun Apau sekitar 1400-1700 masihi.Masyarakat Kenyah membina rumah panjang berdekatan dengan sungai,yang merupakan jalan perhubungan mereka dari satu tempat ke satu tempat yang lain menggunakan sampan.
ADIL MUIZZ BIN AZHAR
Suku Kaum Tidung sebenarnya berasal dari kata "Tideng" yang artinya "Gunung". Tideng Pale adalah ibukota kecamatan Sesayap Ulu masuk dalam wilayah Kabupaten Bulungan dan sebentar lagi akan diresmikan menjadi Ibukota Kabupaten Tana Tidung. Kata Tideng Pale berasal dari Bahasa Tidung yang artinya "Gunung Hambar" artinya daerah tersebut terdapat Gunung yang dibawahnya mengalir Sungai sesayap yang apabila pada musim Kemarau adalah merupakan perbatasan antara air Tawar dan air Asin/Laut.
Amir Syukri Bin Zainal
Kaum Semai adalah kumpulan penduduk separuh kekal yang terdapat di tengah semenanjung Malaysia di Asia Tenggara. Mereka terkenal sebagai suku kaum yang aman. Suku Semai mengamalkan bercucuk tanam dan amalan ekonomi bertukar hadiah. Mereka antara suku kaum asli yang berundur ke kawasan hutan dan gunung dengan ketibaan penduduk yang memiliki teknologi lebih tinggi.
Nor Hashim Bin Jamaludin
Pada pendapat saya adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza. Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini.Bagi masyarakat minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai sebuah tradisi lisan yang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka.
Muhammad Akbar Bin Affandi
Sarawak yang terkenal dengan nama Negeri Bumi Kenyalang mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai suku kaum. Kaum Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak, diikuti oleh kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau. Bagi masyarakat Sarawak, adat resam merupakan satu warisan tradisi yang begitu dititikberatkan dan telah sebati dengan kehidupan seharian.
AmEiRuL MuSTaQIm
salam 1 Malaysia.... prof, bagi saya etnik bermaksud kumpulan manusia yang anggota nya mengaitkan sesuatu warisan sepunya. pekara yang membezakan sesuatu etnik adalah seperti budaya, bahasa, agama dan tingkah laku. contohnya, di Malaysia terdapat beratus etnik antaranya Bugis,Minangkabau dan Sikh.
AHMAD ASYRAF BIN KAMARUDIN
pandangan saya, etnik ialah kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan sepunya, baik warisan yang benar mahupun yang dianggap.Identiti etnik dipupuk dengan membezakan kelompok diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa, agama, dan tingkah laku.Contoh etnik-etnik yang ada di malaysia ialah iban,melanau,kenyah,kelabit,dan banyak lagi.kebanyakan kaum etnik di malaysia tinggal di sabah dan sarawak.
Abdul Hafiz Bin Hashim
Suku Momogun Rungus
Rungus juga dikenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang dibentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British. Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut
Rungus juga dikenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang dibentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British. Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut
NUR HAZMI BIN IBRAHIM
Etnik Lun Bawang
Etnik Lun Bawang di Sabah dikenali sebagai Lun Dayeh yang bermaksud Orang hulu atau pedalaman. Mereka menanaman padi bukit dan sawah padi. Etnik ini kaya dengan kraftangan. pada 1hb jun setiap tahun diadakan satu pesta yang dinamakan Irau Aco Lun Bawang dirayakan di bandar Lawas sempena perayaan hari Gawai Dayak.
Muhammad Khairul Anwar bin Abdullah
Rungus
Rungus juga dikenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah.
No comments:
Post a Comment