Belum ada lagi mesin yang dibina seumpana kuasa manusia yang rumit, cekap atau arif. Walau bagaimanapun, ada banyak tugas yang tidak sesuai dilakukan oleh manusia, dan adakalanya sangat mahal jika dilakukan oleh manusia. NASA mendapati kos menghantar manusia ke angkasa sangat tinggi. Justeru, NASA mula menghantar robot pula ke planet-planet. Pengolah robot yang pertama di angkasa diangkut di dalam pesawat Surveyor NASA dan oleh pesawat siri penjelajahan bulan Luna Rusia pada tahun 1960-an. Pada tahun 1970-an, Amerika dan Rusia mencipta lengan pengikis tanah dan mengambil sampel bagi mendapatkan batuan halus dari Marikh dan Zuhrah untuk dianalisis di dalam pesawat.
Pada tahun 1980-an, saiz lengan robotik ditingkatkan dan fungsinya ditambah. Lengan pengolah jauh yang digunakan untuk Shuttle NASA merupakan hasil kejuruteraan yang besar tetapi jitu yang telah digunakan untuk membetulkan dan mengatur kedudukan banyak satelit dan pelantar, termasuk binaan yang besar seperti Teleskop Angkasa Hubble. Yang terkini, satu set pekerja robot yang kompleks dibina di Kanada untuk membantu dalam pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa seberat 400 tan.
Robotic and Automation Corporation (RAC) di Minneapolis, Minnesota, telah bergabung dengan Pusat Penerbangan Angkasa Marshall NASA untuk melengkapkan pelbagai jenis mesin dalam pelaksanaan tugas yang dianggap oleh manusia sebagai berulang-ulang, menjemukan atau berbahaya. RAC, yang khususnya membina robot untuk industry perkilangan dan kejuruteraan, telah melengkapkan tangan yang dipasang pada suatu robot, dan yang boleh digunakan untuk menggenggam peralatan atau cebisan bahan kerja. RAC juga membina sel kerja, yang boleh mengendalikan proses pengautomatan yang lengkap dengan selamat. Sel kerja ini mengandungi mesin dan peralatan untuk tugas yang ditetapkan terlebih dahulu, yang membolehkan robot menukar peralatan secara automatik dan melaksanakan tugas; daripada tugas mengimpal, membuat acuan atau mengacu, hinggalah kepada tugas menggilap dan membuat kemasan.
RAC mengkhusus dalam proses pengautomatan penuh, dan NASA telah menyediakan maklumat yang cukup berharga untuk membantunya mencipta peranti penukaran alat automatik yang menggunakan hidraulik, preumatik atau kuasa elektrik. Satu bidang perkilangan yang mengalami pertambahan dalam penggunaan robot ialah industri pembuatan plastik. Penghasilan plastik menggunakan robot dalam pelbagai aplikasi pembuatan, daripada bahagian badan kereta hinggalah kepada kubah radar. Kini, industry bersedia membantu NASA mencipta generasi robot yang baharu yang digunakan untuk membaiki satelit tanpa melibatkan kos menghantar mekanik ke tempat satelit tersebut.
Penciptaan robot sememangnya telah membawa impak yang besar kepada teknologi yang sedia ada sekarang. Dengan adanya penciptaan robotik ini, segala kerja boleh dipermudahkan dan ditangani. Akan tetapi, penggunaan robot akan mengantikan tenaga kerja manusia yang sedia ada. Oleh demikian, bilangan penganggur akan bertambah. Namun demikian, penyelidikan terhadap penciptaan robot tidak boleh diberhentikan kerana ia menunjukan kehebatan dan perkembangan teknologi.
CHIN YONG TING
UTeM, 2010
No comments:
Post a Comment