CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Baik Buruk Kontrak Sosial

Salam semua.

Mengikut hasil pembacaan saya di http://www.scribd.com/doc/9646192/Kontrak-Sosial-Dalam-Perlembagaan-Malaysia, kontrak sosial terdiri daripada dua elemen iaitu pertama, penerimaan orang Melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan Melayu sebagai rakyat "jus soli" bagi negara yang baru merdeka. Kedua, penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum Melayu dalam negara. Pada dasarnya, kontrak sosial ini telah diberi penekanan kepada beberapa aspek seperti kewarganegaraan, kedaulatan sultan Melayu, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu. Pada fahaman saya, isu ini seringkali dibahaskan kerana persoalan yang sering timbul ialah sejauh manakah ia relevan dalam pembentukan sebuah bangsa yang bertamadun. Terdapat juga pendapat lain mengatakan isu ini menyifatkan ia sebagai satu sifat perkauman. Pada pendapat saya, isu ini tidak relevan dan tidak boleh digunapakai untuk masa kini disebabkan kebanyakan pihak menggunakan isu kontrak sosial untuk kepentingan diri sendiri. Ya..memang kita ketahui, hak keistimewaan orang Melayu perlu dipelihara, isu agama Islam dan kedaulatan sultan Melayu perlu diteruskan serta kita perlu mengetahui bahawa kontrak sosial ini penerus kepada kesinambungan kuasa politik orang Melayu dan turut memberi jaminan terhadap kedudukan serta keistimewaan orang Melayu di Malaysia. Dengan disebakan hal ini, terdapat segelintir pihak mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan memanipulasikan isu kontrak sosial mahupun hak-hak orang Melayu.

Kenapa kita perlu memanipulasikan isu ini? Kenapa isu ini dibangkitkan sekarang, sedangkan ketika Perang Dunia Kedua, parti-parti politik berbilang kaum bersatu padu serta bermuafakat ingin mecapai kemerdekaan disebabkan dasar dekolonialisasi oleh kuasa Barat terhadap negara-negara jajahan. Disebabkan dasar dekolonialisasi, penduduk berbilang kaum telah berjaya membentuk satu pakatan murni dan menerima satu kontrak sosial dalam Perlembagaan Tanah Melayu. Perlu ditegaskan disini, kotrak sosial telah dipersetujui oleh semua pihak ketika itu, namun...Kini?

Isu kontrak sosial ada buruk dan baiknya. Menurut Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, isu ini mencerminkan orang Melayu hanya mahu menjadi “tuan” tanpa mahu berusaha dan bertanggungjawab kepada diri sendiri (Utusan Malaysia, 4 November 2008). Ini jelas memberi gambaran negatif kepada orang Melayu yang dianggap hanya mahu hak-hak tertentu dan perhormatan serta pengiktirafan tetapi tidak mahu berusaha. Pada masa yang sama, mereka tidak mampu membuktikan kemampuan diri serta mengelak daripada persaingan secara global dan terus bergantung kepada kerajaan.

Kesimpulannya, hak-hak keistimewaan orang Melayu perlu dipelihara, isu agama Islam dan kedaulatan sultan Melayu perlu diteruskan melalui kontrak sosial ini tetapi ia perlu melalui saluran yang sewajarnya. Saya tidak ingin melihat pihak-pihak tertentu memanipulasikan kontrak sosial ini atas dasar kepentingan diri sendiri. Saya sebagai bangsa Melayu tidak ingin melihat bangsa saya sendiri jatuh dan leka akibat daripada hak-hak keistimewaan yang telah diberikan. Betullah apa yang Tun Dr. Mahathir Mohamad selalu mengatakan, “Melayu mudah lupa”. Anda macam mana? Sokong atau tidak kontrak sosial? Saya? Kalau saya katakan tidak macam mana? Dan kalau saya kata sokong macam mana? Biarlah jawapan itu ada pada diri saya seorang sahaja. Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Fikir-fikirkan dan selamat beramal. =)
                                     
                                                                           Amirah binti Abdul Rashid
                           FKEKK, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
2010

No comments:

Post a Comment

My Blog List