CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Persetujuan Sukarela

Salam 1 Malaysia,
Mengikut bacaan saya daripada sumber internet melalui [ http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/fahami_kontrak_sosial_elak_ketegangan_kaum.html ], istilah ‘kontrak sosial’ sebenarnya adalah untuk menjelaskan wujudnya persetujuan bersama secara sukarela di kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan hak dan tanggungjawab mereka. Saya pasti ramai remaja diluar sana yang tidak pasti apakah maksud sebenar tentang kontrak sosial. Sebenarnya kontrak sosial telah lama wujud sejak zaman Nabi Muhammad SAW iaitu dikenali sebagai Piagam Madinah. Di Malaysia pula, kontrak sosial wujud untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial diwujudkan agar dapat menghapuskan semangat perkauman yang ekstrem di Tanah Melayu sebelum ia mencapai kemerdekaan.

Pada pendapat saya, tanpa kontrak sosial, rakyat Malaysia tidak akan bersatu seperti sekarang dan menjadikan negara kita sebagai negara demokrasi di mata dunia. Seperti yang kita maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum. Maka Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan kaum di negara ini. Pada pendapat saya, sesebuah kontrak sosial mestilah mempunyai stabiliti terhadap kaum-kaum di Malaysia sama ada kepada kaum Melayu atau pun bukan Melayu agar tiada perkara berbangkit akan berlaku. Sekiranya ada perkara yang tidak relevan, maka adalah dengan baik ia dikaji dan diteliti semula. Namun, segala perubahan itu mestilah dipersetujui bersama dan tidak melenyapkan sejarah, tradisi dan warisan Melayu. Rakyat haruslah berfikiran positif tentang perkara-perkara dalam kontrak sosial agar tidak berlaku perpecahan di negara kita.
TEH SURIATI BINTI MOHD ARSHAD
UTeM
2010

No comments:

Post a Comment

My Blog List