CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kemuafakatan Kontrak Sosial

Menurut hasil bacaan saya dari laman web: ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia) ,saya telah mempelajari tentang kontrak sosial yang diamalkan di Malaysia.Saya bersetuju bahawa kontak sosial ini sepatutnya diteruskan dan dipelihara di Malaysia. Kontrak sosial ini termaktub dalam Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan dimana kontrak ini dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah diantara semua kaum dan bukan secara paksaan oleh mana-mana kaum. Ini mengambarkan isu pendapat daripada individu yang menwakili kaum bukan bumiputera tentang kontrak sosial ini sudah tidak relevan untuk diamalkan sekarang kerana nenek moyang mereka telah dipaksa untuk bersetuju dengan kontrak sosial ini kerana mereka dijanjikan status penduduk tetap sekiranya menandatangani kontrak sosial adalah sungguh tidak berasas. Isu ini timbul kerana rasa tidak puas hati oleh sesetengah pihak tertentu tentang hak keistimewaan yang diberikan kepada kaum bumiputera berbanding kaum-kaum lain. Namun kaum-kaum lain perlulah faham bahawa mereka juga telah diberikan jaminan keamanan yang bakal dinikmati oleh mereka tanpa ditindas oleh mana-mana pihak. Sesungguhnya kontrak sosial ini telah mengajar kita sebagai masyarakat di Malaysia tentang pentingnya perpaduan, toleransi dan yang paling utama hubungan kukuh diantara sesama etnik di Malaysia. Tanpa jalinan ikatan yang kukuh sesame etnik, nescaya kita tidak mampu untuk menikmati keamanan dan keharmonian yang kita sedang alami sekarang. Jangan kerana satu isu perkauman yang dicetuskan dalam negara ini, kita semua akan kehilangan keluarga, agama, pelajaran dan aset berharga yang lain. Peliharalah negara Malaysia dengan semangat 1Malaysia agar kita tidak akan menyesal di kemuadian hari. Bak kata pepatah ,jangan disebabkan nila setitik, habis susu sebelanga.

 
Siti Nabilah Taib
FKEKK, UTeM
2010

No comments:

Post a Comment

My Blog List