CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Cerita Politik Kedai Kopi-Relevan atau Tidak?


Seringkali kelihatan di tepi jalan raya warung-warung dipenuhi bermula petang hari sehingga lewat malam tidak kira yg tua atau muda. Apakah daya penarik sehinggakan mereka sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga ada yang terlupa untuk menunaikan tanggungjawab mereka?

Pada hakikatnya,sebenarnya isu dan perbualan di situlah menjadi daya penarik.Isu yang diperkatakan termasuklah isu semasa,artis dan yang menjadi keutamaan ialah politik semasa.

Di kebanyakan kedai kopi, isu politiklah menjadi satu isu wajib untuk diperbincangkan.Akan tetapi penerimaan cerita politik kedai kopi tidaklah boleh diterima bulat-bulat.Ada yang bercakap bukanlah berdasarkan fakta dengan menokok tambah untuk menjadikan sesuatu isu menjadi hangat.Contohnya isu kecurian 2 enjin pesawat F-5E yang dilapokan hilang dikatakan mencecah 100juta ringgit.Padahal nilai sebenarnya yang disiasat pihak yang dilantik hanyalah RM303,570.Dakwaan tidak berfakta ini menyebab sokongan rakyat kepada pihak kerajaan semakin luntur dan boleh menyebabkan pemimpin yang diagungkan dulu dianggap penipu rakyat.

Walaupun begitu,cerita kedai kopi ini tidak boleh diperlekehkan oleh orang ramai meskipun tahap pendidikan mereka tidaklah tinggi.Adakalanya apa yang diceritakan adalah benar disebalik penipuan orang atasan.Pengaruh mereka sangat besar. Mereka juga menentukan jatuh bangunnya pemimpin kita.

Kebanyakan mereka tidak mempunyai internet untuk membaca blog-blog di internet dan pembaca surat khabar yang setia. Namun begitu apa yang dibualkan mereka menjadi penanda aras di PRU lalu.

Persoalannya,adakah politik kedai kopi ini boleh dianggap releven untuk diterima? Andalah yang menentukannya...

Imran bin Naziri
FKEKK, UTeM
2010

No comments:

Post a Comment

My Blog List