Ini adalah kerana, kesemua penduduk sama ada bumiputera atau bukan, saling menerima kebaikan daripada kontrak sosial ini. Kewarganegaraan diiktiraf, dan hak keistimewaan dihormati. Meskipun kaum bumiputera telah diberi sedikit keistimewaan, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Hak orang bukan melayu juga tidak boleh disangkal kerana mereka juga sebahagian daripada kita. Perkara ini dipandang negatif apabila sesetengah pihak meyalahtafsirkan kepentingan perjanjian ini. Hormatilah hak keistimewaan dan juga pengiktirafan kewarganegaraan ini kerana kita sama-sama lahir, membesar dan mencintai negara yang memiliki sejarah yang sama. Sebenarnya sejarah perjanjian inilah yang telah memelihara keharmonian negara kita secara terus menerus melalui perpaduan antara kaum. Buktinya, selepas mencapai kemerdekaan, penduduk pelbagai etnik, bangsa dan agama di negara kita hidup dalam aman selesa tanpa merasa terancam antara satu sama lain. Jika tidak, bagaimanakah negara kita berjaya membangun pesat dalam jangka masa hanya 50 tahun selepas mencapai kemerdekaan? Seharusnya kontrak sosial ini terus dipelihara sepanjang zaman tanpa disalah ertikan oleh kita sebagai rakyat Malaysia. Perbezaan budaya dan agama bukanlah alasan untuk kita bertikam lidah sesama sendiri, bahkan kita perlu merasa bangga dengan keunikan etnik dan bangsa negara kita. Ambillah iktibar daripada peristiwa 13Mei yang menjadi igauan ngeri kepada warisan negara kita dan pastinya kita tidak mahu ia berulang kembali. Keraguan kita terhadap pemimpin terdahulu serta hilangnya sikap hormat-menghormati antara satu sama lain hanya membalikkan kesan negatif kepada masyarakat kita sendiri yang masih menjadi tunjang kegemilangan negara di masa hadapan.
Sumber rujukan:
http://syafiqe.wordpress.com/2009/01/04/memperkasakan-kontrak-sosial-antara-cabaran-dan-harapan/#more-226
http://lolongansejati.blogspot.com/2008/08/isu-kontrak-sosial.html
Hanis Haziqah Mazharudin
UTeM
2010
No comments:
Post a Comment