CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assignment Pensyarah Kerja Lapangan 2010

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN

SUBJEK :               HUBUNGAN ETNIK (BLHW /DLHW 2712)
       SEMESTER 2 SESI 2009/10

PENJELASAN BERKAITAN HUBUNGAN ETNIK

1.                Beri penjelasan secara umum dahulu berkaitan Hubungan Etnik
2.                Kajian Lapangan dan kumpulan
3.                Format Pembentangan
4.                Wacana Ilmu dan Aktiviti Kumpulan
5.                Buku Modul HE - (wajib semua pelajar beli buku tersebut dengan harga RM15.00, sila beri jumlah pelajar yang nak beli buku pada saya minggu kedua kuliah).
6.                Pembentangan kerja kursus


Kajian Lapangan


1.              Sila ‘browse www.pmdrhanipah.blogspot.com untuk mendapatkan bahan-bahan pengajaran. Pelajar perlulah membuat kajian lapangan yang berkaitan dengan topik yang diberi dan pelajar di bawah pemantauan pensyarah masing-masing.

2.              Bilangan pelajar bagi setiap kumpulan di antara 6-8 orang bergantung kepada kuantiti pelajar di dalam kelas.

3.              Markah akan dinilai berdasarkan kepada hasil tugasan yang diberi dan kerjasama ahli kumpulan.

4.              Skema pemarkahan akan diberi kepada pensyarah masing-masing.


Wacana Ilmu dan Aktiviti Kumpulan

Wacana ilmu akan diadakan sepertimana telah ditetapkan dalam course outline yang diberi. Setiap pensyarah yang mengajar akan terlibat secara langsung dengan wacana ilmu dan aktiviti kumpulan.

Semua pelajar WAJIB hadir semasa wacana ilmu diadakan dan dalam masa yang sama setiap kumpulan atau kelas perlu mempersembahkan atau mempamerkan pelbagai aktiviti sepanjang wacana tersebut. Ianya bergantung kepada kuantiti pelajar di dalam kelas dan kreativiti pelajar untuk mempersembahkan apa jua hasil kerja berkumpulan. (Pensyarah hanya memberi panduan dan bimbingan sahaja kepada pelajar masing-masing).


Contohnya:

Nak mempamerkan berkaitan sejarah 13 Mei untuk pengajaran kepada semua dalam bentuk lukisan, penulisan dan sebagainya.
                                                                      atau
Nak mempamerkan budaya etnisiti di Melaka dengan cara berpakaian dan sebagainya (Hasil kerja pelajar akan dinilai oleh pensyarah masing-masing berdasarkan soft skills yang telah ditetapkan)

Tempat akan ditentukan kemudian bergantung kepada kuantiti pelajar.


A.              FORMAT TUGASAN KAJIAN LAPANGAN


Tugasan Kajian Lapangan (25 %)

1.               Bilangan muka surat               : 20 – 30 halaman
2.              Langkauan                            : 1.5
3.              Jenis Huruf/ Saiz              : Times New Roman / 12


Tugasan perlulah mengikut kriteria seperti berikut:

1.               Muka hadapan
Contoh:


Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Subjek :
Hubungan Etnik (BLHW 2712)

Tajuk Kajian Lapangan :

--------------------------------------------------------------------------------
Disediakan oleh :
Nama Pelajar/ No. Matrik / Sek/Kumpulan
---------------------------------------------------------------------------------
Disediakan untuk :

Prof.Madya Dr.Hanipah Hussin, PBPI.UTeM


2                             Kandungan Isi dan Muka Surat
Contoh:

Kandungan                                          Muka surat
Penghargaan                                                        i
Pengenalan                                                        1
Definisi Tajuk                                                        2
Isi Perbincangan                                          3-8
Kesimpulan                                                        9


3.              Isi Perbincangan

Maklumat perbincangan kajian ini perlulah berdasarkan kepada kajian lapangan dan maklumat tambahan daripada rujukan buku, hasil temu bual, bahan daripada internet dan sebagainya. Setiap maklumat yang ditulis perlulah mengikut kaedah APA system (American Psychological Association) Contoh seperti di bawah:

1.                …….definisi etnik merujuk kepada masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama (Mohd Asyraf Ismail, 2004: 15).
2.                ……masyarakat majmuk di Malaysia dapat hidup dalam suasana yang harmoni (http://www.wikipedia.com).
3.                ……Baba-Nyonya merupakan komuniti minoriti di Malaysia (Hasil temu bual dengan Encik Tan Kee dari Kampung Hujung Pasir, Melaka pada 12hb Disember 2006)

4.              Kesimpulan

5.              Rujukan/Bibliografi
              Contoh:
1.    Amilah Ahmad, Saifuddin Halim, 2005, Masyarakat Chetty di Melaka, Penerbit Fajar Bakti: Shah Alam
3.    Hasil temu bual dengan En. Yahya Ibrahim di Kampung Merlimau, Melaka pada 14hb November 2005


              Hasil tugasan kajian lapangan setiap kumpulan perlulah di muat naik ke dalam www.dr.hanipah.blogspot.com di dalam CD dan hantar bersama-sama dengan tugasan.
              Kajian lapangan perlu dilaksanakan bersama-sama dengan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.
              Hantar tugasan pada minggu ke-11.


B.              FORMAT PEMBENTANGAN

Pembentangan Tugasan (10%)

1.              Isi (5%).
2.              Persembahan – kelancaran dan bahasa (5%).
3.              Masa yang diberi (10-15 minit sahaja) bergantung kepada kuantiti pelajar di dalam kelas.
4.              Pembentangan hanya fokus kepada isi penting sahaja.

              Pembentangan kerja kursus akan bermula pada minggu ke- 12, 13, 14 dan ke- 15.


C.              KRITERIA MENJADI SEORANG PEMBENTANG SECARA UMUM AKAN DINILAI SEBAGAI MARKAH UNTUK GRED KEMAHIRAN INSANIAH


1.              Penampilan (pakaian, fizikal dan spiritual) contoh: dalam aspek pemakaian perlulah kemas dan bersopan. Keadaan fizikal dalam keadaan baik dan sihat disusuli dengan aspek spiritual yang baik. Apabila bercakap di hadapan rakan-rakan, pembentang perlulah melihat semua rakan-rakan di hadapan anda dan jangan membelakangkan rakan-rakan.

2.              Ilmu Pengetahuan (knowledge) yang berkaitan apa yang ingin dibentangkan. Pembentang perlulah bersedia dgn teks ucapan yang hendak diutarakan. Elakkan membaca semasa menyampaikan ucapan.

3.              Persediaan dalam semua aspek luaran contoh: dari segi nada suara, keyakinan dan ilmu yang ingin disampaikan. Nada suara perlulah jelas dan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua orang. (jangan tersekat-sekat nafas apabila menyampaikan ucapan). Keyakinan menyampaikan ilmu di hadapan orang ramai (tak perlu takut atau gugup berdiri di hadapan rakan-rakan) sangat perlu agar rakan-rakan menghormati dan mendengar dengan baik.

4.              Persediaan dalam aspek dalaman iaitu berkaitan etika dan nilai yang perlu ada pada seorang pembentang contoh: bersopan, sentiasa ceria dan lain-lain yang lahir dari etika dalaman seseorang. Sekiranya pembentang masih lagi tidak bersedia dengan aspek ini, pembentang perlulah melatih diri agar sentiasa berfikiran positif dan aplikasi nilai-nilai yang baik.

5.              Sentiasa melatih diri bercakap tanpa menggunakan teks di hadapan cermin agar sentiasa membiasakan diri apabila bercakap di hadapan rakan-rakan sebelum menjadi pembentang.


              Pastikan setiap pelajar dapat mengaplikasikan semua aspek kriteria pembentangan seperti di atas. Didiklah diri setiap pelajar agar mempunyai kemahiran insaniah (soft skills) dalam diri masing-masing.
1


HE-Assignment Pensyarah Kerja Lapangan 2010

No comments:

Post a Comment

My Blog List