Berdasarkan sumber berikut, kontrak sosial difahamkan sebagai perjanjian dan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada golongan bukan bumiputera serta pemberian hak keistimewaan rakyat.[http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia). Pada pandangan saya, kontrak sosial adalah suatu garis pandu yang bermanfaat atau konsep permulaan bagi golongan bukan bumiputera untuk mematuhi. Tanpa kontrak sosial ini, saya rasa huru-hara akan terjadi. Hal ini disebabkan, setiap kaum juga mempertahankan kaum dan maruah masing-masing untuk memerintah sesuatu negara.
Tan Swee Tiang (2010)
Berdasarkan rujukan, kontrak sosial dianggap sebagai suatu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum bukan hanya untuk pemimpin atau kumpulan etnik tertentu. Di malaysia, ia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan dan perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan. Selain itu, Kontrak Sosial dalam Proyek Rekompak diterangkan sebagai komitmen warga masyarakat yang merefleksikan keterikatan secara mendalam terhadap nilai-nilai moral dan sosial dalam rangka menjamin terselenggaranya pembangunan di wilayahnya sesuai dengan tujuan, prinsip dasar dan pendekatan Rekompak.
Viv (Lim Wee Boon) (2010)
Social contract basically is an agreement between two or more party or group of people. Social contract will be done with satisfaction from everyone. For example, an agreement is made between three main party (UMNO, MCA and MIC) or called "Barisan Nasional" before the independent day have been achieved with the name of our country "MALAYA". The latest news which include the name of the God of Malay ethnic and the usage of it in the newspaper. This situation become worst and worst and do affect our country in many sector. In my opinion, i would strongly suggest that a social contract should be done between all ethnic in Malaysia so that this trouble can be solve fast and efficiently.(comment above is just a simple opinion from me, if any idea which offended others, i would like to apologize. Thank you.)
Chuah Seong Ho (2010)
Berdasarkan kepada sumber berikut, kontrak sosial adalah suatu konsep yang baik dan amat berguna kepada golongan remaja. Dengan pegangan konsep ini, semua remaja akan bertanggungjawab kepada apa yang patuh sendiri lakukan.[http://www.scribd.com/doc/8494930/Sejarah-Perkembangan-NegaraPerlembagaankontraksosial]
Dalam pandangan saya, kontrak sosial boleh dijadikan sebagai satu subjek untuk memperkenalkan kepada semua remaja dalam institut-institut di Malaysia.
CHIANG THEN POU (2010)
Isu-isu mengenai Kontrak Sosial sering dibangkitkan oleh para pemimpin daripada BN (Barisan Nasional) dan PR (Pakatan Rakyat). Antara yang sering dibangkitkan adalah rasional perkara 153 yang terkandung di dalam perlembagaan Malaysia. Menurut kepada perkara ini, kedudukan hak istimewa Melayu tidak harus dipersoalkan. Tetapi pada pendapat saya, perkara ini telah disalahguna oleh sesetengah pemimpin negara. Sebagai contohnya, kewujudan universiti-universiti yang hanya mengambil pelajar-pelajar Melayu (UiTM dan UniKL) telah meminggirkan hak-hak pelajar bukan Melayu sedangkan mereka juga merupakan anak Malaysia. Kenapa rakyat Malaysia pelbagai kaum yang hidup di bawah bumbung yang sama tidak mendapat hak yang sepatutnya dapat? Pada pendapat saya, kontrak sosial harus dikekalkan tetapi dengan tidak menindaskan hak-hak kaum bukan Melayu. Disini saya menekankan bahawa saya tidak pernah mempersoalkan kedudukan perkara 153 tetapi ia harus dikendalikan dengan cara yang membawa manfaat kepada semua anak Malaysia.
Lai Ching Huat (2010)
Selamat sejahtera.
Setelah mencari maklumat daripada internet, saya mendapati bahawa kontrak sosial merupakan satu persetujuan yang dibuat oleh kalangan para pemimpin Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan demi faedah kesumua kaum di Malaysia. Isu kontrak sosial tidak begitu hangat dipertikaikan pada masa kini. Namun kekeliruan mengenai kontrak sosial telah wujud di Malaysia. Sebagai contoh, pada 13 Mei 1969 perselisihan faham antara kaum telah wujud dan telah menyebabkan darurat. Peristiwa tersebut telah memberi satu pengajaran yang besar kepada rakyat Malaysia supaya perkara yang seumpama tidak akan berlaku lagi.
Pada pendapat saya, kontrak sosial hanya memberi manfaat kepada rakyat Malaysia supaya semua rakyat dapat hidup dalam suasana yang aman damai di samping mewujudkan keharmonian dalam negara. Kontrak sosial boleh mewujudkan suasana bertolak ansur antara rakyat supaya boleh saling bantu menbantu antara kaum demi membantu pembangunan nagara. Di samping itu, Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, dan pada pendapat saya, kontrak sosial perlu ada supaya semua kaum mendapat manfaat. Walaupun terdapat sedikit kelemahan dalam isu kontrak sosial, tetapi saya yakin bahawa kelemahan tersebut akan dibaiki demi manfaat kesemua kaum di Malaysia.
Sekian terima kasih.
LAM CHI HOU (2010)
Selamat sejahtera.
Setelah membaca artikel dari url: http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6927 dan url: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia), dapat difahami kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian hidup bersama secara aman dan harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk di negara ini. Selain itu, kontrak sosial mempunyai hubung kait dengan empat perkara utama, iaitu perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara.
Pada pendapat saya, kontrak sosial adalah penting kerana ia mewujudkan keadaan politik yang stabil, menjamin keselamatan, keamanan dan kesejahteraan rakyat, menjamin hak-hak istimewa orang-orang Melayu, dan sebagainya. Kesan-kesannya dapat dilihat melalui kehidupan negara Malaysia yang harmoni yang dapat dinikmati bersama. Oleh sedenmikian, kita harualah menghayati kontrak sosial dengan menolak keganasan dan perkauman, dan pada masa yang sama memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dengan satu ikatan yang erat.
WOON WOEI KEAT (2010)
Mengikut dari pembacaan saya kontrak sosial adalah satu perjajian yang dimeterai antara dua pihak untuk mencapai satu tujuan. Mengikut keterangan dari laman web Pusat Maklumat Rakyat http://pmr.penerangan.gov.my kontrak sosial berlaku di Malaysia sebelum kemerdekaan diantara pemimpin- pemimpin Melayu, Cina dan India bagi mecapai kemerdekaan. Selain itu antara kontrak sosial pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W . Pada zaman ini, satu perjajian antara kaum Muhajirin dan Ansar yang dinamakan Piagam Madinah. Piagam Madinah adalah salah satu cantoh kontrak sosial.
Fadhli Shahir Bin Zakaria (2010)
Pada pendapat saya, kontrak sosial merupakan suatu proses ke arah untuk mencapai kemerdekaan Malaysia dan suatu permulaan yang berjaya untuk mencapai perpaduan rakyat. Selepas saya melaman URL: http://syafiqe.wordpress.com/2008/03/22/memahami-kontrak-sosial-dan-kedudukannya-menurut-perlembagaan-malaysia/ , saya lebih memahami isi-isi perjanjian ini dan berpendapat bahawa perjanjian ini telah mencapai perpaduan yang berbilang kaum dan rakyat yang bersemangat jati diri yang tinggi tanpa perasaan perkauman. Saya tidak membantah kontrak sosial ini kerana perjanjian ini adalah telah mendapat persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum pada mulanya.
Khaw Chek Hau (2010)
I had read some article about social contract for Malaysia, from my research on the topic I got some idea to the contract. In my own opinion, social contract is a bit too sided toward Bumiputra, from the contract, we realize that government gives a lot advantage toward Bumiputra in education, politic and economy. By these, much of Malay citizen in our country live too easy without working hard which also cause them no improvement. But on the other hand, Malay citizen who realize the advantage being a Bumiputra and put more afford on it, I am sure that they are live 100 times better life than a elite Chinese in our country. From the above point, I feel that the contract give too much chance and advantages toward the Bumiputra which will course them weak and weaker in future economic and education. However, for myself, I think this contract had force the other race like Chinese, India become stronger to overcome the unbalance position in Malaysia, other races will work more harder to get better life, which cause Chinese richer, live better in Malaysia. The contract had challenge the non-Bumiputra and by the way others races become stronger and stronger. Ia itu BANGKIT dari KESULITAN!!!
Wong Jun Wang (2010)
Daripada pencarian saya dari laman web http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6927,kontrak sosial adalah satu perjanjian antara dua pihak untuk mencapai sesuatu tujuan samada bertulis @ lisan.Kontrak sosial yang dimeterai ini memang adil dan saksama untuk semua kaum dan pihak di Malaysia.Selain itu saya juga faham kotrak sosial ini memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
Suresh (2010)
Pada pendapat saya, kontrak sosial ini memberi maksud persetujuan yang dilakukan oleh ahli-ahli politik daripada pelbagai kaum. Menurut sumber yang saya perolehi,'http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia)', kontrak sosial dirujuk sebagai pembahagian hak kewarganegaraan dan hak istimewa seperti jus soli. Begitu juga dinyatakan di dalam artikel bertajuk "Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malaysia: Satu Penilaian Semula Dari Sudut Sejarah" di 'http://www.scribd.com/doc/9646192/Kontrak-Sosial-Dalam-Perlembagaan-Malaysia'. Di dalam artikel ini juga ada membangkitkan isu mengenai kontrak sosial dari mula ia dicipta hingga diggunakan di Malaysia. Bagi saya, kontrak sosial ini adalah suatu perkara yang wajar dilaksanakan demi menyatupadukan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Namun begitu terdapat segelintir pihak yang telah menyalah tafsirkan maksud kontrak sosial itu demi kepentingan diri sendiri sehingga menyebabkan perpecahan diantara kaum. Seharusnya kita menghormati konsep kontrak sosial di mana ia sebenarnya membantu membangunkan negara sekiranya kita bersatu-padu antara kaum seperti konsep 1 Malaysia yang dicadangkan oleh Datuk Seri Najib Razak. Jika dilihat semula, konsep 1 Malysia tidak diperlukan sekiranya kita sama-sama menjaga kehormatan setiap kaum sepertimana kita menghormati konsep kontrak sosial yang telah dibuat sekian lama.
NOOR HAFFIZAH BINTI RAMLI (2010)
Mungkin ramai yang menyifatkan kontrak sosial ini sebagai satu sifat perkauman. Tetapi jika kita teliti semula kronologi bagaimana tercetusnya kontrak sosial Malaysia seperti dinyatakan di http://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/kontrak-sosial-malaysia/, hakikatnya, semua kaum mendapat keistimewaan yang hampir sama.Malah, hampir 50 tahun usia Malaysia, rakyat telah menunjukkan kesediaan menerima kontrak sosial ini dengan wujudnya Pilihan Raya Umum. Misi utama Kontrak sosial iaitu bagi mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni juga tercapai dengan wujudnya Satu Malaysia..
SITI KHALIJAH BINTI MOHD YASIN
Dari bacaan sy dari halaman cikgu azleen.com, apa yg sy fahami adalah kontrak sosial ini merupakan satu perjanjian antara 3 kaum iaitu melayu, cina dan india. kontrak sosial ini berlaku kerana ingin memerdekakan tanah melayu dari jajahan british. Berhubung dgn perkara itu, org melayu sanggup berkongsi 1 daripada 5 hak org melayu, iaitu hak yg dimaksudkan adalah kerakyatan. Di sini kita ketahui bhw sikap bertolak ansur amat penting lebih2 lg utk mndapatkan kemerdekaan bg tanah melayu.
SITI
Malaysian Social Contract is built up of Article 14-18 (citizenship to the non-Malay people) and Article 153 (Malays special rights and privileges) of Malaysia Constitution. Nowadays, racial rights inequility has became racial gain equity. Privileges given to Bumiputras comfort Bumiputras but secure non-Bumiputras' safety, grant Bumiputras resources but grant non-Bumiputras a sense of uplift. Malaysian Social Contract seems unfair but is actually fairly fine for the benefits of all.
Choo Ai Pei
Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili. Bagaimanapun,kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan dikalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu.Yang pentingnya merupakan maufakat antara kaum yang mewakili semangat Perlembagaan. Kami sebagai rakyat Malaysia perlu memahami kontrak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial merupakan anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Jadi, saya berasa setuju bahawa kontrak sosial ini penting untuk pembentukan negara Malaysia yang majmuk.
Zulfazry
Pada pemahaman saya mengenai kontrak sosial ini, antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan di mana ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan. Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetapi hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan.
Nurfarahin binti Mustaffa
Pada fahaman saya kontrak sosial yang diamalkan dinegara kita sudah tidak releven pada pendapat saya. Ini kerana seolah-olah perjanjian kontrak ini dilanggar. Banyak contoh yang boleh kita lihat berlaku sekarang. Isu keagamaan, politik, ekonomi sperti tidak dihormati oleh semua pihak. Kontrak sosial ini seolah-olah telah gagal melahirkan insan yang bertamadun. Masing-masing hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan pihak lain. Namun begitu mungkin hanya segelintir pihak yang mengamalkan kontrak sosial ini dengan baik tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri. Terima kasih
No comments:
Post a Comment