CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kontrak Sosial................PAGE 3


Merujuk daripada modul hubungan etnik, saya bersetuju dengan perlaksanaan kontrak sosial yang telah dilaksanakan. Ini kerana, orang bukan Melayu boleh hidup di Malaysia dan diberi taraf kerakyatan sebagai satu hak istimewa dan mestilah hidup bersama-sama secara aman dan damai. Orang bukan Melayu harus mematuhi peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu, bukannya cuba mempertikai dan mempersoalkan kembali perlaksanaan kontrak sosial yang telah dilaksakan dahulu. Sepatutnya orang bukan Melayu sedar mereka tidak dapat hidup di negara ini dengan aman sekiranya kontrak sosial tidak dilaksanakan.
Muhammad Nor Affendy bin Jamaludin

Daripada pencarian saya, isu kontrak sosial merupakan perjanjian para pemimpin Melayu Cina dan India  berkenaan isu pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu. Pada pandangan saya, selepas hampir 52 tahun kemerdekaan Malaysia, isu seperti ini tidak sepatutnya  dipertikai semula oleh mana-mana pihak. Formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Untuk mengukuhkan ikatan rakyat Malaysia yang majmuk kita perlu memahami konsep kontrak sosial dan berpegang pada prinsip “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”.
Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_Sosial_di_Malaysia
Azlin Azlan

Menurut hasil tulisan Profeser Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera. Tetapi kini saya lihad sudah banyak pihak yang cuba mempertikaikan perjanjian tersebut seperti tentang kedudukan agama islam dan bahasa melayu,kejadian begini berlaku mungkin pihak tersebut telah lupa ataupun tidak tahu tentang kontrak sosial ini. Oleh itu,saya berharap agar orang muda zaman sekarang akan terus memperjuangkan hak bumiputera agar ianya tidak akan hilang ditelan zaman.
MOHAMAD NASHRIK BIN SUHAIMY

Kontrak sosial dapat di tafsirkan sebagai satu perjanjian rasmi antara sumua kaum d Malaysia terhadap ketuanan Melayu.
Kontrak sosial di Malaysia dapat di bahagikan kepada dua peringkat.Yang pertama berlaku pada zaman plurariti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara raja dan rakyat jelata.Yang kedua, berlaku dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang di kenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Dimana orang bukan Melayu mengakui kedudukan istimewa orang Melayu dan orang Melayu pula menerima prinsip jus soli.Tetapi, berdasarkan kepada keadaan semasa negara ketika ini, bolehlah dikatakan kontrak sosial ini makin terhakis.Ramai golongan imigran yang datang ke Tanah Melayu cuba menuntut hak mereka tanpa menghiraukan perjanjian yang telah lama terbentuk ini.
Abdul Rahim Bin Che Ali

Merujuk kepada Pusat Maklumat Rakyat, kewujudan kontrak sosial sememangnya amat penting bagi menjelaskan hubungan dan perikatan antara kaum di Malaysia. Kontrak ini merupakan permaufakatan yang dibuat untuk menggariskan sempadan hak antara kaum. Kita perlu jelas dan faham kepentingnya agar ia tidak dijadikan punca kepada kemusnahan negara kita.
Loh Xiao Hui

Menurut pembacaan dan pemahaman saya melalui modul hubungan etnik yang ditulis oleh Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin,saya begitu berminat akan penulisannya tentang Kontrak Sosial.Apakah yang kita tahu tentang kontrak sosial?kontrak sosial ialah persetujuan antara kaum di negara malaysia yang menjadi tunjang kepada Perlembagaan Tokoh Melayu.Terdapat 2 peringkat kontrak sosial dari segi sejarah di alam melayu.Pertama, antara rakyat dan raja iaitu janji taat setia dan hormat-menghormati. Hal ini berlaku pada zaman pluraliti antara Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat dan Sang Sapurba yang mewakili raja atau pemerintah.kontrak Sosial kedua antara orang melayu dan orang bukan melayu.Hal ini berlaku dalam konteks masyarakat pluralistik atas syarat yang dikenakan pihak British bagi memberikan kemerdekaan kpd tanah melayu.kontrak sosial ini lebih menjurus kepada soal kerakyatan.sekian dari saya..salam
ALFIAN FAIDHI BIN AHMAD

Kontrak sosial merupakan satu perjanjian berhubung isu-isu pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu dan pemberian hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Mengikut bacaan saya berdasarkan (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_Sosial_di_Malaysia), kontrak social merupakan hasil persetujuan pemimpin-pemimpin Melayu dan komuniti-komuniti lain dalam membentuk sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Para pemimpin-pemimpin Melayu terdahulu telah bersetuju untuk melonggarkan syarat kewarganegaraan ini. Sebaliknya, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Hak kewarganegaraan ini diperluaskan lagi dan merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak selepas penubuhan Malaysia.
    Akan tetapi, pada pendapat saya, kontrak sosial ini tidak boleh diterima lagi. Pelbagai isu-isu negatif wujud sehubungan dengan kelonggaran kewarganegaraan yang telah diberikan. Isu-isu politik, ekonomi, agama, pendidikan yang sering dipertengahkan menemui jalan buntu apabila terdapat beberapa pihak yang hanya ingin menaikkan pihaknya sendiri tanpa memikirkan pihak lain. Adakah ini yang dimahukan?
Sama-samalah kita pikirkan……
WAN NURULASYIKIN BT SELIPOL BAHARI

Salam 1Malaysia.
Berdasarkan dari beberapa pembacaan saya dalam blog Tun Mahathir, (link:http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/07/the-malaysian-social-contract.html#more), saya telah memahami serba sedikit sejarah mengenai kontrak sosial ini. Pada pendapat saya, rakyat Malaysia, terutamanya generasi baru seperti kami wajib mengetahui asas kewujudan Kontrak Sosial ini. Ini kerana, Kontrak Sosial merupakan asas pembentukan negara kita. Tanpa pemahaman yang kukuh, perpaduan negara kita akan goyah, tidak mustahil peristiwa 13 Mei episod kedua akan terjadi di masa hadapan.

Pemahaman sahaja tidak mencukupi jika mentaliti kita sebagai rakyat negara berbilang kaum ini masih berfikiran kolot. Contoh terdekat adalah dalam filem Gadoh (link: http://www.komas.org/gadoh/). Dalam filem tersebut menunjukkan situasi sebenar apa yang berlaku dalam kalangan rakyat bebilang kaum ini. Ini membuktikan, masih wujud rasa tidak senang terhadap kaum lain. Namun begitu, kita harus bersyukur kerana Malaysia ini masih lagi aman, dan menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan keamanan ini dan terus bersatu untuk generasi hadapan.
NUR FIZYANEE BT YUNUS

The theory of social contract, according to the member of the European Democratic theory,such as Thomas Hoobes and John Locke means that the citizens in a country build their country-land as an agreement where all of them are agreed with it. This means that everyone has their own rightship to rule his or himself for an organization. This was taken from http://syafiqe.wordpress.com/2008/03/22/memahami-kontrak-sosial-dan-kedudukannya-menurut-perlembagaan-malaysia/ .

The term of social contract is as a Privilege  for the Malay as the native of the Malaysia. It is agreed by most of the parties, such as UMNO, MCA and MIC. Social contract gives both positive and negative effects towards the citizens,especially the Malays. The positive effect is that the Malays will not have to worry about their standings in Malaysia as they are secured by the contract. But, because they are in good position, so most of them will think that they shouldn't have to work hard to achieve waht they want, and thus, other races, such as Chinese and Indian, who are always been working hard mostly will success in their lives. So, what we can conclude here is that, if we are given good chances in our lives, we should appreciate it and use it well, so that it will not be wasted just like that. This will be a good advice for the Malays who do not appreciate for what they've now. And for the others, such as the Chinese or Indians, they should not b against for what is done in the country,  because the situation will be worsen. Perhaps, all should be worrying on how to make Malaysia a better country to live.
MUHAMAD MUSA BIN ADAM LIM

According to my reading,social contract itself is the view that person's moral and political obligations are dependent upon a contract or agreement between them to form a society. Social Contract Theory is rightly associated with modern moral and political theory and is given its first full exposition and defense by Thomas Hobbes. Besides that, John Locke and Jean-Jacques Rousseau are the best known proponents of this enormously influential theory of social contract.
(http://www.iep.utm.edu/soc-cont)
DENIE SANGKIU

Pertambahan ilmu kali ini mengenai “KONTRAK SOSIAL” yang mana definasinya adalah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan. Ini dapat di buktikan lagi pada zaman Nabi Muhammad S.A.W juga telah mengunakan konsep kontrak sosial ini dengan temeterainya “Piagam Madinah  iaitu perjanjian diantara kaum Muhajirin dan Ansar yang diilhamkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Maka negara Islam pertama di dunia terbentuk. Piagam Madinah mengandungi  47 fasal yang dipersetujui”. Fakta dari http://the sipa.blogspot.com/2008/11/kontrak-sosial.html.  Oleh demikian, kontrak sosial ini merupakan sesuatu yang memberikan kebaikan kepada semua pihak untuk mendapatkan kata persetujuan yang adil. Jika zaman Baginda Nabi Muhammad S.A.W juga memilih konsep ini apakah kita generasi global hari ini harus melupakannya?.  Sama sekali pada pendapat saya tidak mungkin ini akan berlaku.

Dari sudut era globalisasi hari ini kontrak sosial harus di kekalkan bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing - masing. Memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing. Memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan dan memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan. Jadi,saya berpendapat kontrak sosial ini banyak memberi kebaikan kita bersama, bak kata perpatah “Yang Baik Jadikan Teladan Yang Buruk Jadikan Sempadan”. 
NORHUDA BINTI OTHMAN

Dari pembacaan saya, kontrak sosial ini membabitkan seluruh rakyat Malaysia dan ia amat penting kerana kontrak ini terhasil dari persetujuan antara wakil-wakil seluruh rakyat dan di dalamnya terkandung hak-hak yang patut dan perlu diberikan kepada pihak yang berkenaan.  Kewujudan kontrak sosial ini telah membawa kepada penyatuan kaum Melayu, Cina, dan India serta kaum-kaum yang lain justeru membantu dalam mengekalkan keamanan di negara dan mencapai kesefahaman yang kukuh.
NUR ASIMA MOHD NASIR

Rujukan : http://www.scribd.com

Menurut daripada sumber bahan rujukan saya pada laman web diatas, Pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengambil kira daripada pelbagai aspek. Perkara yang paling mustahak disini ialah toleransi dan tolak ansur di antara penduduk berbilang kaum telah berjaya membentuk satu pakatan murni dan menerima satu kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Di mana pada dasarnya, kontrak sosial terdiri daripada dua elemen iaitu pertama penerimaan orang melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan melayu sebagai rakyat 'jus soli' bagi negara yang baru merdeka. Kedua, penerimaan penduduk bukan melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum melayu dalam negara sebagai aspek yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza.
Nur Yashidar Mohamad Yasin

KONTRAK SOSIAL
Orang cerdik pandai selalu berkata,sejarah adalah guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan isu lalu sebagai teladan atau sempadan.Kita harus akui sejarah adalah kebijaksanaan silam boleh dimanfaatkan untuk menghadapi masa depan.Sejarah sudah pastinya relevan dengan masa kini dan akan datang.Namun masih ada ramai pihak yang menafikan perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu,Cina dan India.Ia merupakan kontrak social dan perjanjian perdamaian.Tujuan Kontrak Sosial ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing-masing.Selain itu,memastikan kepentingan majoriti dan minority di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.Perjanjian ini juga untuk memastikan persetujuan yang dicapai kekal turun-temurun dan memastikan semua pihak mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar tidak bercanggah pada masa hadapan[1].Kesimpulan yang dapat kita buat ialah kontrak social dimeterai ini adalah adil dan saksama.
[1] http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=8750
                                         NUR AINI BTE ZAKARIA (2010)

kontrak sosial melibatkan perjanjian yang sangat penting iaitu hak kerakyatan antara orang melayu dan bukan melayu.Perjanjian ini perlu dipatuhi dengan betul agar tidak lagi timbul isu-isu berkaitan hak istimewa sesebuah kaum yang kerap timbul kebelakangan ini.Kita hendaklah sentiasa yakin bahawa keharmonian antara kaum akan memastikan kegemilangan negara berterusan di seantero dunia.
MOHAMAD AZRI B. MOHD SAPAWI


Mengikut hasil pembacaan saya di http://www.jasa.gov.my Perjanjian antara Tunku Abdul Rahman dengan Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T Sambanthan serta peminpin kaum lain untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada terus dijajah.Apa yangditerima bersama oleh pemimpin pelbagai kaum mengenai kontrak sosial itu ialah menghapuskan semangat perkauman yang ekstrem ketika Perlembagaan awal ingin dibentuk, iaitu Perlembagaan Malayan Union 1946 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1947. Ketika itu isu perkauman melatari usaha untuk mewujudkan Perlembagaan terbabit. seperti juga kebanyakan kontrak atau perjanjian yang wujud, ia boleh dipinda mengikut keadaan dan kesesuaian. Oleh itu, jika benar kontrak sosial yang ada dalam Perlembagaan, khususnya yang berkaitan dengan orang Melayu dianggap tidak relevan, maka adalah baik ia dikaji dan diteliti semula.Namun, segala perubahan itu mestilah dipersetujui bersama dan tidak melenyapkan sejarah, tradisi dan warisan Melayu yang menjadi sebahagian ciri Perlembagaan negara. Selain itu, cadangan beberapa pihak supaya sejarah kontrak sosial diajarkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi perlu diberi perhatian sewajarnya.
nUruL diAnnA SoffIA iMran

Mengikut Wikipedia,  Kontrak sosial di Malaysia memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera dan merupakan penggantian beri-memberi yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu.[ http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia)] Pada pendapat saya, penduduk Malaysia atau Tanah Melayu pada masa lampau tidak mempunyai kontrak sedemikian tetapi penduduknya yang berbilang kaum masih boleh hidup berhamoni  sebab isu kesedaran kewargarnegaraan masih belum diwujudkan. Contohnya, kaum peranakan dapat meninggal di Tanah Melayu, Melaka, tanpa sebarang masalah sehingga Brintish menjajahi Tanah Melayu dan “implement” pelbagai undang-undang Inggerish. Keharmonian ini terganggu apabila pembawaan orang Cina dari China dan orang India dari India ke Tanah Melayu untuk menambahkan keuntungan. Pihak British mengamalkan dasar pecah dan perintah, menyebabkan semua kaum tidak dapat bersatu. Jika pihak Brintish pada masa penjajahan meraka tidak “implement” dasar pecah dan perintah serta undang-undang Brintish seperti kewarganegaraan, maka keretakan hubungan antara kaum tidak akan berlaku sehingga membawa kepada perjanjian (Kontrak sosial) tersebut.  
CHAN YIN YING

Melalui pembacaan saya, saya dapat mengulaskan bahawa artikel ini membincangkan tentang pemberian hak2 istimewa kepada orang-orang bumiputera.
walaupun demikian, terdapat beberapa tentangan daripada golongan bukan bumiputera. mereka juga. bukan itu sahaja, mereka turut mempertikaikan hak hak mereka. namun, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan dimana keistimewaan turut diberikan kepada mereka, sebagai contoh, kerajaan telah membenarkan untuk mewujudkan sekolah vernakular. bukan itu sahaja, kerajaan telah memperkenalkan sistem meritokrasi. terdapat beberapa kritikan dimana orang melayu yang ada sekarang ini bukanlah penduduk asal negara ini. mereka dikatakan imigran dari beberapa negeri yg berdekatan. walaupun demikian, kontrak sosial ini telah dapat dipersetujui oleh semua pihak walaupun ada segelintirnya masih lagi mempertikaikan perkara tersebut.
NOOR LILIAH ERLINA BT ABDULLAH ZAWAWI




No comments:

Post a Comment

My Blog List