CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kontrak Sosial................PAGE 1


From my understanding of the term 'social contract', i have found out from the wikipedia engine and http://pmr.penerangan.gov.my, that this term refers to agreement letters among Malaysian leaders in the MCA, MIC and UMNO during the Malaysian fight for independence. They contain information regarding laws of citizenship and how non-origin people can obtain Malaysian citizenship. It also contains laws retained in the 'Perlembagaan' from the beginning of our Malaysia formation.
Daphne Tang Hui Zyen (2010)

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili. Bagaimanapun,kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan dikalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Bagi pendapat saya, kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga merupakan asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. 
Hanis Afida (2010)

After refer information from the website http://pmr.penerangan.gov.my i found that social contract in Malaysia to refer to the agreement by the fathers of independence in the Constitution, and give-give a replacement or quid pro quo in respect of Article 14-18 of granting citizenship to Malaysian non-Malays, and Article 153 which gives the right special people to them from the Bumiputera.I more understand about the history of Malaysia. therefor we must cherish everything what we have now and be patriotic.
TEI YAH LI (2010)

Pada pendapat saya, kontrak sosial dibentangkan untuk mengimbang kekayaan antara kaum. Kontrak sosial merupakan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957. Yang pentingnya merupakan maufakat antara kaum yang mewakili semangat Perlembagaan. Kami sebagai rakyat Malaysia perlu memahami kontrak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial merupakan anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.
TAN WEI SYE (2010)

Mengikut bacaan saya dari internet (http://syafiqe.wordpress.com/), Kontrak sosial memainkan peranan penting dalam mempertahankan prinsip ketuanan melayu.kontrak ini telah dipersetujui dahulu dan ia adalah perjanjian antara orang melayu dan orang bukan melayu di dalam kedudukan hak  keistimewa orang melayu dan bumiputera dan pemberian hak kewarganegaraan kepada orang bukan melayu. Namun, golongan muda kini ramai yang tidak mengetahui perkara ini. Perkara ini telah diambil mudah hingga menyebabkan pelbagai ancaman dan hak keistimewaan orang melayu dipertikaikan.Pada pendapat saya kontrak sosial ini harus diterapkan di dalam kurikulum pendidikan untuk memberi kefahaman kepada golongan muda  kini agar dapat menjaga kedaulatan kaum melayu dan bumiputera dan seterusnya menjamin kesejahteraan semua kaum di Malaysia.

Siti Muniroh binti Abdullah (2010)

Mengikut bacaan saya, kontrak sosial ini berhubung kait dengan 4 perkara utama iaitu perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Dimana ianya suatu perjanjian atau persetujuan bapa-bapa kemerdekaan negara untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada orang bukan melayu sebagai ganti bagi memberi hak keistimewaan kepada orang melayu.(BACAAN DARI URL: http://wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial)
Norhuda Binti Othman (2010)

Mengikut bacaan saya daripada pelbagai sumber seperti sisipan akhbar dan  internet , kontrak sosial merupakan salah satu perjanjian yang berlaku pada era kemerdekaan tanah melayu yang merupakan perjanjian  yang  berkenaan dengan pemberian warganegara kepada bukan melayu dan perkara 153 yang terdapat di dalam pelembagaan negara yang memberikan hak keistimewaan kepada mereka daripada bumiputera.

Dalam konteks politik, orang melayu terutamanya UMNO sentiasa bercakap tentang ketuanan melayu. Syarat-syarat kontrak sosial antaranya adalah berkaitan kewarganegaraan yang begitu ketara.

Tetapi berbalik kepada kontrak sosial yang dimeterai tokoh kemerdekaan negara yang merupakan penggantian beri-memberi yang berkenaan dengan pemberian kewarnegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan melayu. Pada asalnya , orang-orang bukan melayu merupakan golongan pendatang yang datang ke tanah melayu disebabkan faktor ekonomi ,perdagangan dan perladangan. Kontrak sosial wujud dengan pengorbanan yang dilakukan oleh kaum-kaum utama dan dengan pandangan yang jauh dan bijaksana para pemimpin kaum untuk mencapai kemerdekaan dan pembentukan negara persekutuan Tanah Melayu. Kontrak sosial hanyalah cara , proses dan kaedah dalam mencapai kebijaksanaan untuk negara tercinta ini. 
Nur Dayana bt Arba'ae (2010) 

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.
JULINA BINTI OTHMAN (2010) 

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Menurut Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan formula kontrak sosial yang berteraskan Perlembagaan Malaysia bukanlah diskriminasi kaum. Sebaliknya ia terbukti menjamin perpaduan antara kaum.[Oleh itu,saya berpendapat bahawa kontrak sosial ini harus kekal relevan sampai bila-bila masa.
Kanagendran a/l Rajeswaran (2010) 

Mengikut pandangan saya berdasarkan url http://www.scribd.com/doc/9646192/Kontrak-Sosial-Dalam-Perlembagaan-Malaysia, saya berasa bahawa kontrak ini sangat berguna untuk menjamin kedudukan kaum bumiputra dan kaum melayu yang telah mendiami Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Selain itu, kontrak sosial juga menyatakan perancangan untuk menjadikan kaum cina dari negara China sebagai rakyat Malaysia, malah menerima anak mereka yang dilahirkan di tanah melayu selepas tarikh merdeka. Jadi, saya berasa setuju bahawa knotrak sosial ini  penting untuk pembentukan negara Malaysia yang majmuk.  
Phang Suk Hui (2010) 

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang juga Presiden Gerakan dilaporkan meminta supaya formula itu diketepikan kerana ia membuatkan kaum Cina dan India 'kecil hati'.Saya juga berpendapat bahawa kontrak sosial ini tidak adil dan harus diketepikan.
Annapoorani a/p Raman (2010) 

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.
JULINA BINTI OTHMAN (2010) 

Mengikut pemahaman saya,kontrak sosial di malaysia merujuk kepada perjanjian bapa kemerdekaan dalam perlembagaan.Ia berkenaan dengan pemberiaan kewarganegaraan malaysia kepada orang bukan melayu dan pemberian hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera.
Nurul Najwa (2010) 

Berdasarkan apa yang difahami melalui carian internet, kontrak sosial pada dasarnya merujuk kepada surat-surat perjanjian antara Pembesar-pembesar Melayu dalam pembentukan Malaysia. Pada pendapat saya, topik ini berkait rapat dengan perjuangan masyarakat Tanah Melayu dalam mencapai kemerdekaan. Kontrak Sosial mempunyai pelbagai isi dalam pembentukan 'Perlembagaan Persekutuan' serta rasional kewujudannya. Juga, Kontrak Sosial bukan hanya harus diketahui oleh masyarakat zaman kini tetapi harus dihargai dan dihormati terutamanya oleh masyarakat Malaysia kerana ia teras negara kita.
Daphne Tang Hui Zyen (2010) 

Mengikut kefahaman saya tentang topik yang diberikan, Kontrak Sosial di Malaysia adalah perjanjian-perjanjian yang telah dibincangkan oleh bapa-bapa kemerdekaan dan dimasukkan dalam perlembagaan dan keistimewaan lain kepada rakyat Malaysia. Pada pendapat saya, negara Malaysia betul adalah semakin maju dan pihak berkuasa telah banyak membuat usaha untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang membangun. Namun, masih ramai orang yang berfikiran negatif dan tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
Tan Hui Chin (2010)

Rujukan:
Mengikut rujukan yang diambil dari alamat diatas ia mengatakan bahawa kontrak sosial adalah satu bentuk perjanjian yang dimeterai untuk mencapai satu bentuk persetujuan bagi kepuasan kedua-dua belah pihak. Pada pendapat saya perjanjian ini ada baik dan buruk.Kebaikannya dapat menyatukan kaum di negara kita supaya tidak berlaku rusuhan kaum lagi. Tapi apa yang dilihat pada masa ini, kontrak ini seolah-olah telah dilanggar sebagai contoh isu terhangat di negara kita sekarang iaitu penggunaan kalimah ALLAH. Telah dinyatakan bahawa kalimah ALLAH ini hanya untuk agama Islam sahaja, tetapi sesetengah pihak cuba untuk mengambil kesempatan di atas situasi ini. Terdapat banyak lagi isu yang boleh dikaitkan dengan perlanggaran kontrak sosial ini, tapi disebabkan isu ini tiada hadnya jika dibincangkan baiklah jika saya berhenti disini.
Abu Firaz (2010) 

Saya dengan ini bersetuju dengan pendekatan kontrak sosial di Malaysia berdasarkan hujah bahawa rakyat di negara ini akan mempunyai daya saing untuk maju dalam kehidupan. Sekiranya tiada pendekatan ini, saya yakin dan percaya bahawa semangat untuk bersaing dalam kehidupan amatlah sedikit kerana melibatkan rakyat tempatan.
nik amir (2010) 

Kontrak sosial dalam konteks barat merujuk kepada satu fiksyen sejarah iaitu persetujuan antara individu bahawa mereka akan hidup dalam satu masyarakat yang manjamin keselamatan individu.Akan tetapi konteks sosial yang disebut dalam sejarah kita bukan satu fiksyen sejarah dan bukan dicapai oleh individu masyarakat tetapi merujuk kepada terma-terma pemimpin-pemimpin kaum utama negara kita untuk mencapai soal hak kerakyatan dan hak keistimewaan orang melayu.Kemunculan kontrak sosial turut memperkenalkan pelbagai dasar baru untuk meningkatkan semangat perpaduan nasional dan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum.Kehadiran kontrak sosial sememangnya telah mengubah nasib hidup negara untuk mencapai kemerdekaan.Namun demikian, konteks sosial kini haruslah diubahsuai untuk menyesuaikan kemajuan kini.Orang Melayu kini telah semakin maju berbanding dahulu kala, oleh yang demikian dsar-dsar haruslah disesuaikan kepada masyarakat yang memerlukannya. Sebagai contohnya adalah Dasar Ekonomi Baru yang telah diperkenalkan haruslah disesuaikan kepada masyarakat kini yang sedang menuju ke era yang maju.
Chin Yong Ting (2010) 


NEXT

No comments:

Post a Comment

My Blog List