CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kontrak Sosial................PAGE 4


Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu - perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Kontrak social adalah asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.
Philip Lim Chee Rong

Pada pendapat saya, kontrak sosial yang dipersetujui oleh peminpin-peminpin Melayu, Cina dan India ini adalah suatu buktinya persefahaman, perpaduan, dan konsep integrasi yang wujud antara etnik-etnik.Oleh itu, semua warganegara haruslah memahami dan menunaikan kontrak sosial dan yang pentingnya semangat   negara bangsa dan persatupaduan antara semua etnik.
TENG KUAN HUI

Pada pendapat saya, kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka antara para pemimpin Melayu, Cina dan India. Kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan antara masyarakat berbilang kaum dengan bukan pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955.
POH SHI YUAN

Kontrak Sosial utama Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India semasa mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Antara lain, orang bukan Melayu mengakui kedudukan istimewa orang Melayu. Orang Melayu pula menerima prinsip jus soli yang memberi kerakyatan secara automatik kepada semua orang yang di lahirkan di Persekutuan Tanah Melayu pada atau selepas Hari Merdeka. Kontrak ini amat penting dalam mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu dan bangsa lain perlu menghormati kontrak ini. selain itu, dengan kontrak ini wujudnya perpaduan dan batas-batas diantara orang Melayu dan bangsa lain. 
MUHAMMAD HILMI RUZAINI BIN HASHIM

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah. Oleh itu, rakyat berbilang kaum dapat hidup berharmoni antara satu sama lain asalkan permuafakatan tercapai.
Philip Lim Chee Rong

Social Contract is an understanding that broke out between the leaders for the welfare of all nations when we achieved independence.
Many benefits, but many people exploit things tu to their personal interests and agenda.
All copyright in the Regulations by the people there are shortcomings.
MOHD RUZAINI B RAZALII

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC.
MUHAMAD SYAFIQ BIN MD NAJIB

Pada pembacaan saya, kontrak sosial merupakan perjanjian antara orang melayu dengan orang cina dan india. Mereka telah bermuafakat sebulat suara terhadap perjanjian itu.Sebahagian masyarakat bukan Melayu juga menganggapnya kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan.Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat.
SYAHIDATUL SYAHIRA BINTI ABDUL RAHMAN

Melalui pembacaan saya, kontrak sosial merupakan satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Persetujuan dicapai melalui proses permuafakatan dan musyawarah. Individu-individu bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Ia juga adalah perjanjian formal di antara kedua belah pihak atau lebih.
WAHIDAH BINTI YAAKUB

Merujuk pada artikal laman web yang saya layari, http://.pmr.penerangan.gov.my., kontrak sosial bermaksud persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC.
Pada pndapat saya, kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu - perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.
MUHAMMAD AIZAT BIN ROMELI

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera.Modenisasi merupakan satu proses transformasi yang melibatkan aspek kehidupan manusia dan dua aspek utama adalah ekonomi dan politik.Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.
YUGESH SHARMA A/L SUGUNARAO

 Pada 31 Ogos 2009, Sabah dan Sarawak secara rasminya menjadi sebahagian negara Malaysia dengan undang-undang dan ketetapan yang telah diselaraskan bersama bagi setiap perkara. Kontrak sosial ini ditemerai oleh pemimpin-pemimpin di Sabah dan Sarawak di antara pemimpin-pemimpin tanah semenanjung Malaysia bagi memastikan apabila mereka menyertai gugusan Malaysia ini, kaum bumiputra mereka terbela. Dengan itu, sepanjang 50 tahun diberikan untuk memastikan segala kontrak sosial ditepati sebelum penyerahan Sabah dan Sarawak kepada Malaysia. 
NURULAIN BT ZAHARI

kontrak sosial ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.Ianya bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing – masing.Selain itu,untuk memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.Lebih-lebih lagi,ini juga dapat memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.
MOHD ARIF BIN ZAULKEFLI

Dari konteks sejarah, kontrak sosial telah dikemukan oleh seorang ahli falsafah Republic iaitu Plato. Beliau menegaskan wujudnya kontrak sosial antara pemerintah dan rakyat. Sebenarnya, kontrak sosial boleh didefinisikan sebagai satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan. Antara kandungan yang termetrai adalah prinsip jus soli, pengiktirafan bahasa Melayu dan agama Islam sebagai bahasa dan agama persekutuan serta kedaulatan raja-raja Melayu. Pada pendapat saya, kerajaan terpaksa bersemuka dengan cabaran dan risiko di atas kontrak yang lebih mementingkan rakyat yang berstatuskan bumiputera. Oleh itu, kerajaan haruslah memperkasan kontrak sosial ini agar kontrak ini tidak dipersoalkan dan dipertikaikan lagi yang boleh mencetuskan krisis politik di negara ini.
Mohamad Syafiq Bin Mokhtar

Kontrak sosial merujuk kepada perjanjian yang dibuat oleh wakil-wakil setiap kaum bagi membentuk satu negara Malysia.Dalam konteks hari ini, sebahagian isi kandungan kontrak social tidak lagi releven dan sebahagian lagi haruslah di kekalkan.Hal ini bagi melahirkan masyarakat melayu yang berdaya saing dengan kaum-kaum yang lain.
MOHAMAD NAZRIN BIN LAWELA

Pada pendapat saya kontrak sosial merupakan sebuah perjanjian yang penting untuk memastikan keamanan sesama bangsa-bangsa yang terdapat di Malaysia. Walaupun terdapat kritikan daripada pelbagai pihak bahawa perjanjian ini adalah tidak adil atau berat sebelah, tetapi saya berpendapat jika perjanjian ini tidak wujud, pelbagai isu-isu politik dan sosial yang negatif akan wujud.
LIE KEN NIE

Pada pendapat saya, kontrak sosial adalah merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera.
NG WEI TAT

Dari konteks sejarah, Kontrak sosial merupakan idea yang dikemukan oleh seorang ahli falsafah Greek lebih 2500 tahun yang lalu dalam tulisannya Republic iaitu Plato. Beliau menegaskan wujudnya kontrak sosial antara pemerintah dan rakyat. Kontrak sosial boleh didefisikan sebagai satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan. Antara perkara yang ditemetrai di dalam perjanjian Kontrak sosial adalah isu jus soli, pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan, agama Islam sebagai agama persekutuan dan kedaulatan raja-raja Melayu. Pada pendapat saya, Kontrak sosial ini lebih terarah kepada kepentingan hak orang Melayu.
Di sini, kerajaan terpaksa bersemuka dengan cabarannya sebagai risiko kontrak ini. Antaranya banyak peruntukan telah dibelanjakan namun hubungan etnik ini kian merosot berpunca dari kelemahan kerajaan mempertahankan Kontark Sosial ini.
   Mohamad Syafiq Bin Mokhtar

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku kerana wujudnya kontrak sosial. Mengikut pembacaan saya daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_%28Malaysia%29 kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera.
NORHIDAYAH BT ABD. HAMID

In my opinion, social contract refers to the agreement made between the leaders in the early age ever since independence is achieved in Malaysia. The agreement is roughly known as a constitution created through a discussion between the leaders. However, in Malaysia, a quota has been declared that Bumiputra acquires special privileges.
GOH KEAT BENG
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkaitan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. 
FAIZ SYAZWAN BIN ZOHARI

Kontrak sosial merupakan perbincangan dan perjanjian penting bagi rakyat Malaysia. Perkara ini telah dibincangkan bagi memastikan setiap individu mendapat hak dan kepuasan yang sepatutnya.Kontrak ini perlu diteruskan bagi mengelakkan perkauman di antara rakyat Malaysia. Setiap individu seharusnya mengikut perjanjian yang telah ditetapkan sekian dulu. Rakyat Malaysia harus sedar bahawa kontrak ini diwujudkan bagi memastikan perpaduan dalam masyarakat dapat diperkukuh lagi. Selain itu, kita perlu pandang ke hadapan untuk memantapkan lagi perpaduan, sosial dan ekonomi negara.
MOHD AFIQ AZFAR BIN MAZLAN

Kontrak sosial ialah satu perjanjian yang dilakukan antara pembesar-pembesar pada masa dahulu untuk mencapai perpaduan kaum. Masyarakat bukan melayu diberi kerakyatan dan mereka harus menerima hak-hak istimewa kaum melayu. dengan adanya kontrak ini, perpaduan kaum dapat dicapai tanpa perbalahan antara kaum di malaysia. Masyarakat bukan melayu dan melayu mendapat keistimewaan masing-masing melalui kontrak ini.
NOOR ASHIKIN BINTI JAMIL

In my opinion, with no doubt it was an agreement between the leader of the early party in the beginning after being independent, but the quota in economic section should be modified since the bumiputra today is no longer as last time they did. Today they have enough knowledge and chances to compete with others in fair condition.
OOI SU GUAN

Pada pendapat saya, kontrak sosial merupakan satu sistem bagi memelihara hak-hak dan keistimewaan bangsa melayu. Ianya juga merupakan satu perjanjian yang telah dipersetujui oleh pemimpin atau wakil dari pelbagai etnik demi menjaga keamanan dan kestabilan negara. Kontrak sosial juga membuktikan bahawa negara kita mampu membangun pesat dan membentuk satu gagasan masyarakat yang bersatu padu. Ianya telah menjadi asas dalam pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu. Oleh itu, sewajarnya konsep kontrak sosial ini dipatuhi oleh rakyat dengan tidak mempersoalkan kewujudan dan keutuhan perjanjian yang telah dimeterai sejak berpuluh bertahun dahulu.
MOHAMMAD HAFIFI HAPIDZI BIN HARUN (2010)

menurut pemahaman saya, kontrak sosial bermaksud perkara yang berkaitan dengan kerakyatan dan kewarganageraan dalam memelihara hak-hak keistimewaan org Melayu di samping membentuk sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik. memetik petikan di dalam, http://www.malimkundang.com/2008/07/memahami-kontrak-sosial-dan-keudukannya.html, "kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC." secara kesuluruhannya, kontrak sosial merupakan sebuah perjanjian yang dimeterai untuk mencapai keharmonian negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.
YUSRA LIYANA BT JAAFAR

Saya rasa Malaysia ni sudah maju. Jadi saya rasa isu sensitif tidak perlu dibangkitkan dan kita sepatutnya memegang pada janji yang telah ditetapkan oleh moyang kita. sekian assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. wassalam
Muhammad Safwan bin Abdul Aziz

Daripada fahaman saya, kontrak sosial adalah perjanjian yang telah dibuat antara kaum Melayu dengan kaum Cina dan India sebelum merdeka. Kontrak ini dibuat untuk mendapat persetujuan antara kaum Cina dan India sebelum mereka mendapat kewarganegaraan untuk menetap di tanah melayu. Di dalam kontrak ini merangkumi soal keadilan ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan. Dengan ini, hak-hak istimewa orang melayu tidak tergugat dan keharmonian negara dapat dicapai.
FAZLIN BINTI ABD KHAIR

Menurut sumber internet, Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kadang-kadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Bagi pandangan, jelas menunjukkan bahawa kontrak sosial adalah sangat penting dalam negara kita. Sejak negara kita ditubuhkan, sistem kontrak sosial menjadi dasar perlembagaan negara kitadan melalui sistem ini juga telah wujudnya suku masyarakat yang berbilang kaum.  
Mohammad Shahin  Bin Mansor

Berpandukan bacaan saya pada wikipedia internet, ia memaparkan kontrak sosial sebagai perjanjian antara para bapa merdeka bagi mencapai kata sepakat dalam usaha menuntut kemerdekaan daripada british. Para pemimpin yang terdiri daripada pelbagai kaum berunding sesama mereka yang terpilih daripada kalangan kaum masing-masing bagi mengecapi kemerdakaan yang telah lama diimpikan. Pelbagai syarat ditetapkan bagi menjaga hak bumiputera sebagai penduduk yang terawal bertamadun di tanah ini. Kontrak ini ditetapkan menerusi beberapa kajian yang dibuat oleh wakil-wakil darpada negara barat bagi menyakinkan bahawa kontrak ini adalah adil dan saksama serta tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak. Kontrak ini turut dianggap sebagai syarat persetujuan bagi memberi hak kewarganegaraan kepada kaum selain bumiputera di negara ini sebelum merdeka. Kontrak ini merupakan perjanjian yang dipersetujui antara kaum dan harus diingati agar tidak menimbulka keraguan generasi baru di masa hadapan.
OR KHAI HEE

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera.Kontrak sosial juga menyebabkan kedatangan prinsip jus soli iaitu prinsip yang mengutamakan kedudukan istimewa orang-orang melayu.Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.
YUGESH SHARMA A/L SUGUNARAO

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin melayu, cina dan india serta parti yang diwakili oleh mereka masing-masing
Pada pandangan saya sistem kontrak sosial ini adalah langkah yang baik, namun kita perlu mengkaji semula sistem yang lebih baik bagi mengekalkan perpaduan.
Selain itu, beberapa perkara yang terdapat dalam sistem ini juga perlu dikaji dan diperbaharui supaya memuaskan semua pihak.
zahirulbasri bin jaafar

Menurut pembacaan saya melalui: http://syafiqe.wordpress.com/2008/03/22/memahami-kontrak-sosial-dan-kedudukannya-menurut-perlembagaan-malaysia/,kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.
SHAZREENA SAMAT

Slm. Kontrak sosial adalah falsafah tentang perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah, dan kebebasan individu sebagai manusia untuk memenuhi potensinya dan mengucapkan keperibadiannya di bawah sesuatu kerajaan. Di sinilah letakknya martabat serta kemuliaan seseorang itu. Dalam Islam kewujudan, tugas dan tanggungjawab dan maruah manusia , dan peranan pemimpin, telah didakwah dan tarbiahkan dengan hebatnya sejak zaman kebangkitan Islam di Mekah dan Madinah 1400 tahun dahulu..Menurut pemahaman saya, kontrak ni telah dipersetujui oleh orang Melayu dan British yg mewakili pihak cina dan India.British mempersetujui kontrak ni kerana x nak memikul tanggungjawab untuk membawa pulang org cina n india ke England @ ngr mereka masing2. Dgn adanya kontrak ni, keistimewaan org melayu sbg org Islam tidakboleh dipertikaikan.
MOHAMMED ROZI BIN HAMID

Konsep kontrak sosial telah mengalami perubahan fasa dalam negara kita bermula dari sistem beraja yang taat setia rakyat kepada raja hinggalah sekarang selepas pendudukan British yang menerima kehadiran etnik yang lain melalui beberapa syarat antara etnik yang menjuruskan kepada persepaduan untuk hidup bersama-sama secara aman dan damai dalam negara Malaysia.
Muhammad Amiruddin Bin Aziz

salam perpaduan..
mengikut bacaan saya pada http://ummatanwasatan.net/?p=42
social contract ini jika tidak difahami sejarahnya mungkin itu yang menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dikalangan orang bukan melayu di malaysia.Tanpa kefahaman mendalam tentang sejarah dan sifat masyarakat berbilang kaum di negara ini, tidak mustahillah wujud anasir-anasir yang cuba menangguk di air yang keruh dengan mengalunkan sentimen perkauman dan mencetuskan provokasi liar yang hanya akan memporak-porandakan bangsa dan negara.lantaran sikap begini hanya mengoyahkan perpaduan antara kaum dan mungkin boleh menyebabkan ketidakstabilan dan kepincangan didalam negara.Seharusnya contract social ini dihayati dan dipertengahkan kepada generasi akan datang supaya tidak timbul rasa tidak puas hati pada masa mendatang.
MOHAMAD SHAHRULNIZAM BIN NOOR MOHD ALI

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan yang merupakan penggantian beri-memberi melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.
NOR SYAZWANI MOHD RIDZUN

Pada pendapat saya,kontrak sosial merupakan persetujuan daripada pelbagai etnik dalam memastikan keharmonian negara.Penduduk asal negara malaysia iaitu kaum melayu bersetuju untuk memberi ruang kepada pihak bukan bumiputra untuk menikmati sedikit keselesaan hidup di Malaysia.Dalam konteks politik,kerjasama daripada parti UMNO,MIC dan MCA adalah merupakan teras kepada kontrak sosial pada zaman ini.Keloggaran diberikan oleh golongan bumiputera kepada bukan bumiputera tetapi dengan syarat konsep "jus soli" tidak akan sesekali dimansuhkan untuk menjamin masyararakat melayu sebagai penduduk pribumi.
SHAH RIZAN BIN MAZLAN

Konsep kontrak sosial telah mengalami perubahan fasa dalam negara kita bermula dari sistem beraja yang taat setia rakyat kepada raja hinggalah sekarang selepas pendudukan British yang menerima kehadiran etnik yang lain melalui beberapa syarat antara etnik yang menjuruskan kepada persepaduan untuk hidup bersama-sama secara aman dan damai dalam negara Malaysia.
Muhammad Amiruddin Bin Aziz

Assalamualaikum dr.Hanipah. Setelah mentelaah buku-buku dan bermacam jenis sumber rujukan lain, apa yang boleh saya simpulkan mengenai kontrak sosial adalah merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Pada pendapat saya, dengan termeterai kontrak sosial inilah yang menyebabkan rakyat negara kita boleh hidup aman damai walaupun terdapat pelbagai jenis etnik dan bangsa.
NUR AL HAFIZUDDIN BIN MOHD ARABAI

Pandangan saya, untuk menjamin kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran negara, warga Malaysia perlulah memahami dengan jelas kontrak sosial iaitu wasiat yang telah diturunkan oleh Raja-raja Melayu. Warga Melayu tidak seharusnya mempertikaikan apa yang terkandung dalam 7 perkara yang dinyatakan kerana ia adalah “WASIAT” dan telah dipersetujui oleh pemimpin dan warga terdahulu demi mencapai kemerdekaan. Sebagai warga Malaysia, kita perlulah bersyukur kerana mempunyai negara yang merdeka dan sejahtera yang didiami oleh tiga kaum yang berasal dari benua yang berbeza. Fikirlah demi keamanan kemakmuran yang telah kita kecapi selama ini. Bersatulah walau kita punya kulit dan agama yang berbeza, kerana kita adalah warga Malaysia.
Abdul Hafiz Bin Hashim

slm prof...... pada pandangan saya kontrak sosial ni perlu di kekalkan di Malysia untuk memupuk semangat perpaduan yang sedia ade di sini dan membaiki lagi semangat tersebut untuk meningkat kesejahteraan dan keharmonian di Malaysia. dengan gagasan 1 Malaysia yang di perkenalakn oleh kerajaan ini dapat meneruskan lagi perpaduan kaum di Malaysia. tq....
 Ahmad Asyraf 

Kontrak sosial utama Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India semasa mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Kontrak ini menjadi keutamaan dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957. Perkara seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu dan hak istimewa Bumiputera adalah terma yang disebut dan dipersetujui bersama. Perkara ini disentuh di dalam memorandum parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid.
Elemen kepentingan kaum ini diakui oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ketika berucap membentangkan cadangan Perlembagaan pada Majlis Perundangan Kebangsaan 10 Julai 1957. Perkara ini jelas dalam pemberian kerakyatan kepada orang bukan Melayu, sementara Perkara 153 adalah berkaitan hak istimewa Melayu, termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak. Menurut Profesor Khoo Kay Kim, Perkara 153 perlu difahami sebagai kontrak sosial yang mendukung konsep dominasi Melayu atau ‘ketuanan Melayu’ yang dipersetujui bersama di kalangan pemimpin pelbagai kaum.
MUHD SULHAN BIN ABDUL KADIR

Saya mahu memberi komen tentang kontrak sosial.Menurut pembacaan saya melalui layari internet,ia bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.Kenyataan ini berdasarkan oleh pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke.Saya sangat bersetuju dengan penubuhan kontarak sosial ini,kerana ia merupakan satu platform kepada negara untuk mewujudkan perpaduan.
Muhamad Azim B.Sha'ari

Kontrak sosial mencakupi hal-hal berkaitan kerakyatan semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Kontrak sosial lah yang menjadi platform sebenar kepada asas perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini iaitu memberi kewarganegaraan Malaysia kepada orang bukan Melayu dan pemberian hak keistimewaan kepada kaum bumiputra. Kontrak sosial juga sering digunakan untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu apabila hak-hak ketuanan Melayu dipersoalkan.
Muhammad Zhafran

     kontrak sosial merupakan satu persetujuan bersama di kalangan pemimpin-pemimpin berbilang kaum dalam menentukan hala tuju negara ketika era kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu pakatan murni yang libatkan toleransi antara kaum. Namun begitu kontrak sosial sering dimanipulasi oleh ahli-ahli politik demi kelangsungan politik masing-masing. Tindakan sedemikian telah menimbulkan pelbagai pemasalahan yang begitu kompleks dan sering mengakibatkan ketegangan hubungan antara kaum. Lantaran itu kontrak sosial terus diselubungi pelbagai kontroversi akibat daripada corak politik perkauman yang terlalu sempit (New Sunday Times, 23 Disember 2007).
      Bagi pendapat saya,walaupun kontrak sosial ini telah dianggap sesuatu perkara yang sudah tidak relevan lagi pada masa kini. Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia yang majmuk dan berbilang kaum ini sepatutnya sedar tentang kepentingan yang seharusnya menjadi pegangan agar kita tidak melupakanya pada masa akan datang. Terutamanya kepada bangsa Melayu,di manakah letaknya tiang kekuatan sekiranya kontrak sosial ini tidak wujud. masalah seperti di atas tidak akan timbul sekiranya semua bangsa memahami erti kontrak sosial itu dengan betul dan menjaga kepentinganya bersama.
MUHAMMAD IKHTIARUDDIN BIN AFANDI

Berdasarkan pada laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1224:kontrak-sosial&catid=183:kontrak-sosial&Itemid=2 saya rasa isu kontrak sosial tidak sepatutnya di gembar gemburkan kerana isu seperti ini tidak sepatutnya bangkit pada zaman sekarang yang serba moden. Kita hidup dalam kemasyarakatan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Apa yang paling penting ialah kita mesti lah memikirkan bagaimana untuk menaikkan lagi negara kita di mata dunia.
Jangan disebabkan kontrak sosial kita menjadi lemah dan digelakkan oleh dunia luar. Jadi kite semua bersatu padu dalam apa jua bagi menegakkan dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat MALAYSIA.
MOHD FUAD BIN MOHAMMAD KASIM


1 2 3

No comments:

Post a Comment

My Blog List