CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi dan merupakan asas pemerintahan tertinggi.Antara faktor-faktor penting bagi mewujudkan hubungan etnik yang utuh ialah agama Islam sebagai agama rasmi,kedudukan istimewa bumiputera,Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan sistem beraja.Tujuan perlembagaan ini diwujudkan bagi menjamin kestabilan politik,pemerintahan negara adil,mewujudkan perpaduan kaum dan untuk kepentingan semua etnik.
NABILAH BINTI JASMI

Pada pendapat saya, perlembagaan atau undang-undang adalah sesuatu perkara penting untuk bersikap adil dan memakmurkan sesebuah negara.Oleh itu, setiap perlembagaan perlu dipatuhi dan perlembagaan juga perlu adil pada semua kaum. Sebagai rakyat, rakyat tidak boleh mempersoalkan mengapa diwujudkn sesebuah perlembagaan tersebut dan menyentuh sensitiviti sesebuah kaum.
Muhammad Hasif Bin Saidin

Malaysia mempunyai sebuah perlembagaan iaitu Perlembagaan Malaysia ataupun dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan ini mempunyai 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan Perjanjian Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan terbahagi kepada 15 bahagian termasuk kewarganegaraan, persekutuan, Pilihanraya, Kehakiman, Negeri-negeri,kebebasan asasi dan perkhidmatan Awam
JAMALUDIN BIN ABDULLAH


No comments:

Post a Comment

My Blog List