CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Etnisiti


Etnisiti ialah hubungan yang harmoni antara etnik yang pelbagai dalam konteks negara bangsa yang mampu menjamin kesuburan ekonomi dan politik yang bertunjangkan kesatuan sosial.
MOHAMAD AZRI BIN MOHD SAPAWI (2010)

Apa maksud etnik?
Etnik ialah kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan, bahasa, dan cara hidup yang sepunya.
Abdul Rahim Bin Che Ali

Kaum pribumi bisaya
Kaum pribumi bisaya berasal dari barat laut borneo di Sabah dan Timur Sarawak. kaum bisaya dikaitkan dengan kaum bisaya(Visayan) di Filipina tetapi secara dasarnya, suku Bisaya hanya terdapat di Borneo sahaja.tetapi Visaya yang terdapat di Filipina langsung tidak mempunyai perkaitan rapat dengan Bisaya di Borneo.melalui perbandingan bahasa mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa Melayu dari bahasa suku Bisaya di Filipina.
NURSALFARINA MUHAMAD

Etnisiti negara kita mengalami kelunturan tradisi. Salah satu sebab adalah kita tidak sedar akan etnik sendiri masing-masing. Sebenarnya  keluarga mamainkan peranan penting untuk mengekalkan etnik sendiri. Sebagai seorang ibu bapa perlunya menyemaikan etnik sendiri kepada anak mereka melalui penerapan tradisi etnik mereka dalam kehidupan mereka. Selain itu, kita juga kekurangan kempen-kempen yang menyedarkan setiap individu tentang tradisi etnik mereka. Kempen ini boleh melibati penduduk-penduduk yang berlainan etnik untuk berpeluang menyebarkan tradisi mereka kepada generasi muda dan juga berkongsi tradisi masing masing. Sumber wang yang cukup diperlukan untuk mengekalkan etnisiti jadi kita harap kerajaan dapat memberi sumber kewangan seperti membagikan bajet dalam RMK10. Di samping itu, kita juga bercadang sijil lahir bertulis etnik masing-masing yang ada kepada anak itu, agak mereka dapat diketahui etnik mereka sejak kecil lagi.
LIM SIN NI

Etnisiti merupakan suatu unsur elemen yang penting dalam sesebuah etnik kerana ia menggambarkan persepaduan yang utuh dan saling bersandaran antara mereka di bawah satu bumbung kebudayaan. Konsep ini amatlah penting bagi sesetengah etnik kerana diibaratkan seperti 'nyawa' yang menjelaskan nilai toleransi dan persefahaman yang wujud dalam kalangan anggota masyarakat etnik tersebut.
Muhammad Amiruddin Bin Aziz

Etnisiti terbit drpd konsep etnik yg mrujuk kpd rasa kekitaan dlm kelompok manusia trhadap klompok etniknya..Ia wujud drpd prsamaan budaya @ sub budaya yg difahami n diamalkn oleh klompok itu..Konsep etnisiti ni jelas dilihat dlm masyrkt majmuk Malaysia..Ikatan etnisiti ni perlu d perkukuh bagi kemaslahatan bersama...
MOHAMMED ROZI BIN HAMID

Etnisiti bermaksud satu sikap yang terdapat pada satu etnik di mana ia dapat menguatkan lagi hubungan dalam etnik tesebut.Secara tidak lansung,ia dapat menyatukan anggotanya dengan satu sejarah,nilai,sikap dan tingkah laku yang sama.Akhirnya akan mewujudkan ciri-ciri tulen yang tersendiri bagi satu etnik tersebut.
MUHAMMAD SYARIFUDDIN BIN SULAIMAN

Etnisiti  merujuk kepada perasaan kekitaan  diantara etnik tertentu yang dapat mewujudkan satu kebudayaan yang dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu titik persamaan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni.Etnisiti adalah tunjang kepada kejayaan Malaysia hari ini, tetapi ia haruslah sentiasa dipelihara di mana perkara sensitif sesuatu kaum tidak boleh dipertikaikan atau diperlekehkan 
MOHAMAD NAZRIN BIN LAWELA

Malaysia dapat mencapai kemerdakaan sebab perpaduan semua etnik. Peranan mereka amat dihargai dengan menyatu padukan semua kaum yang berbeza dalam Malaysia. Bagi etnik Melayu, mereka sanggup menerima warga lain untuk bermastautin di negara mereka dengan syarat-syarat tertentu. Bagi kaum Cina dan India, mereka sanggup berjuang dengan kaum Melayu untuk membangunkan ekonomi di Malaysia. Peranan dan sikap mereka patut kita pelajari.
KHOO WEN XIN


No comments:

Post a Comment

My Blog List