Pertama sekali, bg saya kontrak sosial ini diwujudkan dari persetujuan para pemimpin kita sebelum merdeka.sebelum kontrak sosial ini diwujudkan,banyak kontroversi di antara bangsa melayu dan bangsa bukan melayu.ini semua disebabkan bangsa bukan melayu ingin medapatkan hak kewarganegaraan.di samping itu,hak istimewa orang melayu juga ingin dipertahankan.kontrak sosial ini juga merupakan istilah yang merujuk kepada bahagian-bahagian lain dalam perlembagaan.kontrak sosial ini pernah dijadikan satu isu kerana generasi baru mengaggapnya sudah tidak relevan bagi mereka kerana kontrak sosial ini sesuai untuk mereka semasa kemerdekaan dulu.mereka juga beranggapan bahawa kontrak sosial ini diwujudkan kerana hak kewarnegaraan mereka dahulu dan hak-hak istimewa orang melayu,bagi mereka sekarang tidak nampak relevannya.seperti yang saya nyatakan di atas, kontrak sosial ini hanya merujuk bahagian-bahagian dalam perlembagaan,kontrak ini sebenarnya adalah permuafakatan yang mewakili semangat perlembagaan.kontrak sosial ini banyak meninggalkan kesan,sebagai contohnya kemerdekaan yang kita kecapi sekarang.pihak british dulu telah meletakkan permuafakatan di antara bangsa-bangsa di malaysia ini sebagai satu prasyarat untuk menuntut kemerdekaan.kontrak ini juga telah menjadikan negara kita sebagai negara demokrasi,berparlimen raja,dan berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.kontrak sosial juga telah mewujudkan perlembagaan persekutuan.hasil dari kontrak sosial yang telah mewujudkan perlembagaan yang mengiktiraf bahasa melayu sebagai bahasa rasmi,agama islam sebagai agama rasmi dan sistem pemerintahan beraja.saya berpendapat juga yang kontrak sosial ini diwujudkan untuk mengelakkan pergaduhan perkauman yang pernah terjadi dahulu,di samping itu juga ia adalah untuk menjaga hak-hak orang melayu dari dirampas kerana orang melayu merupakan empunya tanah melayu ini.kontrak ini juga diwujudkan untuk mengekalkan keamanan negara semasa itu.kontrak ini juga haruslah dikekalkan kerana tanpa kontrak ini,bangsa melayu akan ditindas dan kuasa raja-raja melayu akan dirampas.sudah tentu kita tidak mahu ditindas oleh bangsa-bangsa lain kerana kita sebenarnya merupakan tuan tanah negara ini.apa perasaan bila kita ditindas?kita haruslah jaga bangsa kita,jangan biar bangsa-bangsa lain menindas kita.kita perlu sedar untuk mengelakkan ditindas.kita juga patut berterima kasih kepada pemerintah kita yang telah menuntut kemerdekaan walaupun terpaksa menghadapi kesukaran dari bangsa-bangsa lain.
mohd faddly putra bin mawardi (2010)
No comments:
Post a Comment