Di samping itu juga , semangat cintakan Negara perlu dipupuk di dalam perbuatan seharian. Sekiranya semangat jati diri cukup kuat dalam diri rakyat Malaysia , tidak akan berlakunya penjualan Enjin F-5E TUDM yang dilaporkan dijual di Amerika Selatan. Di manakah hilangnya jati diri individu berkenaan terhadap Negara yang tercinta ini?
Memetik dari laman web sahabatmantap.wordpress.com , golongan belia perlu kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara , memahami Perlembagaan Persekutuan , menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati Jalur Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan negara. Kita harus sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku di dalam masyarakat kerana jika tidak , kita mungkin akan kehilangan identity kita akibat tenggelam dalam arus global.
Oleh hal sedemikian , banyak pihak sedang berusaha untuk mewujudkan belia Malaysia yang kaya dari segi kefahaman dan penghayatan , perkasa dari segi kreativiti dan ketrampilan dan bangga dengan jati diri dan budayanya sebagai akar patriotism dan kehidupan dalam masyarakat sebagai benteng apabila berhadapan dengan pengaruh budaya asing dan negatif. Kesedaran terhadap betapa berharganya keamanan Negara perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia bak kata pepatah “ Dimana bumi dipijak , di situ langit dijunjung ”.
NUR DAYANA ARBA'AE
UTeM, 2010
No comments:
Post a Comment