CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Budaya

Kumpulan kami percaya bahawa di Malaysia adalah menjadi imej negara kita ini kerana setiap etnik seperti melayu, cina, india, iban dan lain-lain ada budaya mereka tersendiri. Budaya juga terbahagi kepada dua kategori utama iaitu budaya kebendaan seperti rumah,kenderaan dan budaya bukan kebendaan seperti adat istiadat dan kepercayaan.
MOHAMAD NASHRIK BIN SUHAIMY (2010)


Kebudayaan ialah pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, adat istiadat yang berkait rapat dengan masyarakat. Kebudayaan wujud disebabkan oleh perkahwinan dan keadaan persekitaran mereka. Pada zaman globalisasi ini, terdapat juga golongan etnik yang melupakan adat istiadat dan asal usul sebenar mereka sehinggakan adat mereka itu punah dek zaman dengan pentingkan selera masing-masing.
Nurul Azimah Binti Abd.Aziz (2010)

Apakah yang dimaksudkan dengan asas kebudayaan nasional?? Budaya nasional ialah budaya lokal yang sudah diterima dan diakui oleh masyarakat, sifat universal, sepadan dengan suasana kerohanian masyarakat. Dan ada juga budaya lokal yang dipaksa oleh kumpulan tertentu sebagai budaya nasional, padahal  ditampilkan yang banyak masyarakat tidak setuju.
Nurliyana Bt Rozi (2010)

Pada pendapat saya, setiap kita mesti saling menghargai dan hormat-menghormati budaya-budaya kaum lain. Setiap budaya memang mempunyai keistimewaannya. Sekiranya, setiap individu meluangkan sedikit masa untuk merasai keistimewaan budaya kaum lain, fikiran negatif terhadapnya pasti akan berubah. Namun, perkara ini bukan sahaja dikatakan mulut tetapi juga perlu betul-betul bertindak seperti apa yang dikatakan. Kita juga perlu memastikan diri sendiri tidak dipengaruhi oleh orang lain yang sengaja bertunjuk-tunjuk kepada budaya kaum lain tetapi memberi nasihat kepada mereka demi kemesraan dalam satu masyarakat, dan juga pembangunan sebuah negara. :)
TAN HUI CHIN (Cheryl)

Daripada wikipedia, kebudayaan bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Pada pandangan saya, budaya melibatkan pelbagai aspek termasuklah ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Oleh itu, budaya berkaitan rapat dengan masyarakat. Budaya masyarakat tersebut dapat diperturunkan dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Pemeliharaan budaya adalah tanggungjawab bersama setiap individu dengan mempertahankan budaya sendiri dan meperturunkan kebudayaan yang unik ini kepada generasi yang akan datang. 
LIM WEE BOON

Hasil pembacaan saya, budaya bermaksud kemajuan fikiran, akal budi, berkelkuan dan sebagainya. Namun budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. KIta sememangnya tahu bahawa budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan.
NORHIDAYAH BT ABD. HAMID

Menurut E.B. Tylor, konsep budaya merujuk kepada ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang dan adat resam. Melalui pembacaan saya daripada modul hebungan etnik, budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebudayaan(peralatan dan kelengkapan hidup) dan budaya bukan kebendaan(kepercayaan,adat istiadat dan undang-undang). Terdapat dua peranan utama dalam konsep budaya iaitu membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti serta memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya melambangkan identiti ssepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup.  
FAZLIN BINTI ABD KHAIR

definisi budaya ialah perkara yang berkaitan dengan budi dan akal manusia, ia jelas menunjukkan gaya hidup yang diamalkan sesuatu kaum atau etnik yang merangkumi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. konsep budaya pula merupakan keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. sebagai contoh, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, sudah semestinya terdapat pelbagai budaya yang diamalkan. justeru itu, konsep budaya di Malaysia melambangkan gaya hidup masyarakat majmuk dan universal.
YUSRA LIYANA BT JAAFAR

Keunikan Malaysia sering dikaitkan dengan konsep budayanya yang majmuk dan masih boleh dijalankan dengan harmoni di Malaysia. Budaya Melayu sering dikaitkan dengan budaya dari negara jiran seperti Thailand,Indonesia dan Tanah-Tanah Melayu yang lain. Bagi kaum c ina dan india,mereka mengamalkan cara hidup dan kebudayaan dari negara asal mereka. Namu, apabila sudah menjadi wargenegara Malaysia malahsebelumitu lagi,kebudayaan ini telah dicampur-aduk antara satu sama lain. Ini kerana,gabungan atau pengaruh daripada kaum lain dikongsi bersama sama ada dari perkongsian pengalaman dan juga tali ikatan perpaduan yang mantap di antara penduduk.
NURULAIN BT ZAHARI




No comments:

Post a Comment

My Blog List