ALFIAN FAIDHI BIN AHMAD (2010)
Masyarakat adalah tunjang utama dalam sesebuah kawasan atau organisasi. Tanpa masyarakat tidak hiduplah sesebuah kawasan tersebut. Pada dasarnya masyarakat adalah organisma penting yang mencorakkan sesebuah negara. Jika baik masyarakatnya maka baiklah negaranya begitu juga kalau sebaliknya yang berlaku.
Masyarakat yang kuat adalah masyarakat yang mengenepikan perbezaan di antara mereka. Tidak kiralah apa juga aspek perezaan mereka, warna kulit, agama, bangsa, budaya, bahasa pertuturan. Itu semua tidak akan mengganggu kekuatan pertalian sesebuah masyarakat yang memandang individu di sekeliling mereka sebagai jiwa dan jasad yang bergelar manusia.
Seringkali diperhatikan terdapat puak-puak di dalam masyarakat yang cuba menyalahkan dan menunding jari ke arah satu sama lain. puak di sana di katakan bangga dengan diri mereka sehinggakan menindas puak yang lain. puak di sini pula dikatakan suka meninggi diri, mengatakan bahawa mereka adalah yang paling bagus dikalangan puak-puak dalam masyarakat. ada juga kelompok yang tersepit di tengah-tengah. tidak tahu ke sebelah mana mereka perlu berpihak.
Ini bukan masyarakat yang diidamkan oleh tunjang pimpinan kita. Ini bukan apa yang sesebuah masyarakat perlu wariskan kepada generasi yang akan lahir menggantikan kita. Kerana itu banyak pendekatan dilakukan untuk menyatu-padukan sebuah masyarakat majmuk yang berbilang kaum membentuk sebuah ikatan perpaduan yang kukuh.
Kita digembar-gemburkan dengan slogan 1 malaysia. Apa itu 1 Malaysia? Mengapa ia di laung dan diteriak merata-rata? Slogan 1 Malaysia bukan sesuatu yang hanya bermain di bibir masyarakat semata-mata. Ianya adalah satu platform dalam pembangunaan insaniah sesuatu masyarakat dalam membina negara bertamadun yang diiktiraf di seantero dunia. Oleh yang demikian, bersama-samalah kita berganding bahu dan bersatu hati dalam mencipta sebuah masyarakat yang terulung.

AZRIN ZIKRI BIN SHAAIRI
Masyarakat menurut definisi kamus dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kendui majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.
MUHAMAD SYAFIQ BIN MD NAJIB
Konsep masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang hidup bersama dengan tatacara, budaya dan cara hidup yang tertentu. Konsep masyarakat perlu ada dalam setiap kelompok manusia bagi membentuk dan membangunkan satu sistem pentadbiran yang kukuh. Masyarakat yang berbudaya adalah masyarakat yang mempunyai satu sistem sosial yang baik dan kepimpinan yang berkesan. Manusia harus hidup bermasyarakat untuk meneruskan adat dan warisan kelompok manusia itu sendiri.
MOHAMMAD HAFIFI HAPIDZI BIN HARUN (2010)
Konsep Masyarakat didefinasikan sebagai kumpulan manusia yang hidup di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.Kebudayaan tidak akan wujud tanpa adanya masyarakat.Ciri-ciri bagi masyarakat ialah berkelompok,berbudaya,mengalami perubahan,berinteraksi,mempunyai kepimpinan dan mempunyai aturan sosialnya.Konsep ini merupakan proses mewariskan budaya di mana ia melibatkan generasi yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya.
FAIZ SYAZWAN BIN ZOHARI
Pada hari ini, Malaysia didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik. Masyarakat didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di satu tempat dengan amalan dan ciri tertentu. Sesebuah masyarakat dibentuk oleh kelompok-kelompok kecil, individu dan keluarga. Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia mewujudkan kepelbagaian budaya, adat resam, bahasa dan agama.
GOH KEAT BENG
Masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara dan adab yang tertentu. Individu, keluarga dan kaum tergolong dalam masyarakat. Sosial yang sihat perlu diterapkan agar masyarakat hidup dalam keadaan yang sejahtera. Pergaulan dapat dijalinkan dengan menghadiri perayaan, aktiviti setempat dan ziarah-menziarahi. Perayaan daripada pelbagai etnik dapat mengukuhkan hubungan yang teguh dalam golongan masyarakat.
MOHD AFIQ AZFAR BIN MAZLAN
No comments:
Post a Comment