CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Perpaduan dan Integrasi

Apakah usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan? Kerajaan telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia. Konsep 1 Malaysia ini telah diperkembangkan secara meluas melalui media masa. Contohnya seperti siaran iklan nyanyian yang dianggotai oleh pelbagai kaum di Malaysia dan juga tarian 1 Malaysia yang baru sahaja diperkenalkan kepada rakyat Malaysia.

MUHAMMAD NOR AFFENDY BIN JAMALUDIN (2010)

Integrasi nasional suatu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan perbezan dan menghilangkan identiti masing-masing.perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masaalah yang wujud daripada pelbagai etnik.

MUHAMMAD ZULHUSNI BIN RASUL (2010)


Konsep perpaduan lebih banyak membawa maksud kepada penyatuan atau penggabungan antara dua atau lebih masyarakat. Perpaduan membawa banyak kelebihan kepada sesebuah negara. Integrasi pula bermaksud pertembungan dua atau lebih masyarakat dan budaya di sesebuah kawasan yang menyebabkan satu bentuk budaya baru terbentuk dan menjadi milik bersama masyarakat yang berbeza.

KAMAL FAIZ B KARIM (2010)

mengikut bacaan saya dari modul hubungan etnik, perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses menyatupadukan masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. bagi memupuk perpaduan,integrasi sosial diwujudkan.(proses meyatupadukanberbagai bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu satu identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing.)ini penting bagi memahami identiti bangsa .
SITI MUNIROH BINTI ABDULLAH

Pada era sekarang, semua pemimpin juga menekankan konsep perpaduan kaum. Dalam sesuatu negara, perpaduan rakyat adalah merupakan suatu garisan panduan yang asas untuk pembinaan sesebuah negara. Kekukuhan sesebuah negara boleh dinilai melalui perpaduan rakyat. Perpaduan dimaksudkan dengan kerjasama antara rakyat yang berlainan kaum pelbagai bangsa yang bertolak ansur akan mewujudkan suatu suasana yang harmonik. Oleh itu, pemimpin sesebuah negara selalu menekankan konsep perpaduan. Tanpa perpaduan, sesebuah negara tersebut akan menjadi huru-hara dan peperangan akan sentiasa berlaku. Hal ini disebabkan, bangsa masing-masing akan mempertahankan maruah sendiri untuk menjadi pemimpin.
WONG JUN WANG



No comments:

Post a Comment

My Blog List