LOH XIAO HUI (2010)
Pada pendapat saya, harmoni dapat ditafsirkan sebagai hubung kait antara ekonomi dan etnisiti di Malaysia. Etnik berbilang kaum seperti kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India dapat bersatu dalam satu komuniti. Secara keseluruhannya, kesatuan yang terbentuk antara kaum ini dapat mencapai kemerdekaan pada hari ini.
MOHD SAZLI BIN MOH SAHAIM (2010)
Pada pendapat saya,keadaan yang harmoni adalah semua kaum di Malaysia dapat hidup dengan aman dan damai. Kesejahteraan dapat sentiasa dinikmati bersama. Selaras dengan hasrat negara, keadaan harmoni menjadi teras dalam Konsep 1Malaysia. Usaha kerajaan ini perlu disokong oleh semua masyarakat untuk mencapai perpaduan negara.
AHMAD SAUFI BIN AHMAD JAWAHIR (2010)Keharmonian dalam negara yang berbilang kaum di Malaysia merupakan nikmat yang amat besar.Keharmonian perlunya dipandang serius oleh semua pihak sebagai tunjang dan kestabilan negara. Keharmonian hanya akan tercapai jika wujudnya sifat saling faham memahami antara satu sama lain terutamanya bagi sesebuah negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia. Satu program telah dianjurkan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM), di bawah Jawatan Kuasa Dakwah & Hidayah Centre yang bermatlamat menyemarakkan agenda keharmonian masyarakat Malaysia yang berbagai kaum bangsa dan agama. Program itu diperkatakan satu keusaha negara kita untuk mencapai keharmonian negara.
LIM SIN NI
Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan isu keagamaan di negara kita sendiri. Letup sana, letup sini. Adakah itu yang dikatakan keharmonian? Tepuk dada tanyalah minda anda masing-masing. Bagi saya, Malaysia masih kurang dari segi keharmonian negara untuk mencapai sebuah negara yang bertamadun. Selagi masih ada masalah untuk memajukan pembangunan dan sahsiah masyarakat, kita masih tidak layak digelar sebagai negara yang bertamadun. Oleh itu, marilah kita sama-sama memberi kerjasama kepada pemimpin kita untuk kembalikan keharmonian justeru ke arah negara bertamadun. Ayuh kita bersatu wahai masyarakat Malaysia!!!
Abu Firaz Bin Shamshul Kamal
Keharmonian di antara masyarakat berbilang kaum di negara kita dapat disaksikan dengan variasi sambutan perayaan di Malaysia. Salah satu contoh variasi kaum di Malaysia dapat diperhatikan semasa pesta cahaya 1 malaysia di Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM). Salah satu slot yang terdapat di dalam pesta tersebut adalah slot gendang satu Malaysia yang melibatkan 24 buah gendang cina, Dhol(gendang punjabi), Kompang, percussion(gendang kontemporari), dan urumi(gendang india). kepelbagaian ini disatukan dalam satu nada yang bernama gendang satu Malaysia. apabila bunyi-bunyi yang berbeza itu disatukan, ianya bergema dalam satu nada yang kuat dan menggemparkan. kesatuan ini tidak mustahil boleh menggugat anasir-anasir yang cuba merosakkan perhubungan antara kaum-kaum di Malaysia. Seharusnya pertalian ini dijaga untuk mempertahankan satu bangsa yang bernama Malaysia.
Azrin Zikri bin Shaairi
Pada pendapat saya, harmoni adalah satu sikap antara kita dengan kaum lain.Harmoni juga bermaksud mempunyai sikap yang baik dan damai dalam pertalian persahabatan dalam hubungan rakyat.Selain itu, kita dapat berkaum baik dan sejahtera dengan sahabat dan seseorang di sekitar kita jika kita mempunyai sikap keharmonian.
POH SHI YUAN
In order to live a harmony life, tolerating and understanding are the keys for harmony life. In my opinion, harmony is when we Malaysians live together without any misunderstand nor doubt against each other. Though different colours, for the past 53 years, Malaysians have live under the same roof together. Together we build up the country, together we contribute for the development of the country, that is what we call harmony. As a Malaysian, we should pay effort to understand our Malaysian's cultural, tradition, history, and also the story behind each incidents. To build a harmony country, it takes all the Malaysians heart.
CHEAH YEE MUN
Pada pendapat saya, harmonis adalah sesutu keadaan yang wujud di antara masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dengan memahami kebudayaan diri dan yang lain, saling membantu, sanggup bekerjasama memajukan negara dan dapat hidup bersama tanpa perselisihan faham serta mewujudkan sikap negara bangsa. Oleh itu, semua pihak sepatutnya berganding bahu untuk meneruskan kejadian yang baik ini.
TENG KUAN HUI
Apakah maksud harmonis? Pada pendapat saya, harmonis bermaksud hidup secara aman damai antara manusia tanpa mengira kaum, bangsa, ataupun agama. Hubungan harmonis sesama manusia adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kejadian negatif yang berpunca daripada perselisihan faham. Selain itu, hubungan harmonis juga dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.
OR KHAI HEE
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
Philip Lim Chee Rong
Harmonis adalah perpaduan dari berbagai warna karakter yang membentuk kekuatan eksistensi sebuah benda. Perpaduan inilah yang membuat warna apa pun akan sesuai menjadi rangkaian yang indah dan serasi.
Terdapat beberapa unsur positif yang diterapkan dalam kehidupan harmonis iaitu harmoni, rukun, aman dan damai. Unsur-unsur ini merupakan asas utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup sebumbung dengan aman dan tenteram.
Terdapat beberapa unsur positif yang diterapkan dalam kehidupan harmonis iaitu harmoni, rukun, aman dan damai. Unsur-unsur ini merupakan asas utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup sebumbung dengan aman dan tenteram.
MUHAMMAD AIZAT BIN ROMELI
Tarifan harmonis ialah sekumpulan masyarakat yang menpunyai berlainan jenis bangsa, agama dan kepercayaan dapat hidup bersama-sama dan menunjukkan persesuaian dan persepadanan.
NG WEI TAT
Keharmonian tercapai apabila semua manusia mengamalkan sikap saling membantu dan berkerjasama iaitu usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat. Pada pandangan saya, kerharmonian boleh dicapai jika hak asasi atau sesuatu perkara itu tidak menjejaskan kepentingan dan hak orang lain. Lantaran itu, pelbagai cara boleh digunakan untuk melahirkan suasuana yang harmoni, antaranya ialah perhubungan antara manusia dengan manusia iaitu Dialog, undang-undang yang sistematik, dan nilai-nilai moral seperti bertolak ansur diperlukan. Pada masa sekarang, negara kita yang berbilang kaum lebih mementingkan satu kaum antara lain dengan ini, berbilang agama juga wujud. Kita perlu sentiasa menjaga kerharmonian antara satu sama lain dengan mengamalka sifat saling menghormati antara satu sama lain. Aktivit yang menjalin suasuna kehormonian ialah melibatkan diri dalam perayaan kaum lain. Tanggungjawab kami juga sentiasa mengambil berat dan menghormati terhadap kaum lain untuk menjilan hubungan yang baik antara satu same lain. Degan kesimpulannya, suasana yang harmoni boleh melahirkan suatu Negara yang aman dan harmoni tanpa mempunyai peperangan dan kes huru-hara seperti Malaysia.
Tan Swee Tiang
No comments:
Post a Comment