CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Agama Islam dan Agama Lain

Ada beberapa agama yang berdasarkan monotisme (agama samawi dan tabi'i). Bagi agama tabi'i, terdapatnya agama shikisme. Ia diajarkan oleh Guru Nanak(campuran pahaman hinduisme dan muslim). Namun agak menyimpang dari ajaran islam. Kepercayaan ini serupa dengan aliran kebatinan di Indonesia. Bagi agama Buddha, matlamatnya adalah memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesusahan.

Nor Sazilah Binti Muhammad (2010)

Bagi ajaran Islam, umat Islam mengamalkan konsep kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Mereka mengamalkan sunnah dengan tatatertib. Amalan ini di amalkan di tempat-tempat suci. Manakala bagi ajaran Kristian pula, mereka mempunyai bermacam-macam tuhan. Antaranya ialah Jesus. Mereka mengamalkannya di gereja yang diketuai oleh seorang paderi. Ajaran kristian diamalkan melalui kitab bible.
Rabiatul Adawiyah Binti Zaini (2010)

Sekadar berkongsi ilmu yang tidak seberapa. sebenarnya kristian bukan menyembah banyak tuhan cuma konsep ketuhanan mereka sedikit berbeza dengan konsep uluhiyah dalam islam. Mereka mengamalkan konsep trinity iaitu tiga dalam satu. ianya terdiri daripada tuhan bapa, tuhan anak (Jesus Christ), dan juga ruhul kudus(holy spirit). 3 sifat ini digambarkan sebagai satu tuhan kepada penganut agama kristian. Wallahua'lam...
Azrin Zikri bin Shaairi

Pada pendapat saya, saya rasa setiap agama memainkan peranan yang sama tetapi cara yang disampaikan oleh setiap agama adalah berbeza. Setiap agama mengajar supaya berbuat baik dan tidak berbuat jahat. Namun demikian, kes-kes jenayah tetap berlaku dan semakin bertambah. Adakah ini bermakna, orang zaman moden kini tidak mengamalkan ajaran agama? Apakah unsur-unsur menyebabkan kes-kes jenayah berlaku? Setiap orang berpeluk tubuh dan hanyalah salah menyalahi antara satu sama lain sekira sesuatu perkara buruk berlaku. Siapakah yang harus bertanggungjawab?

Chin Yong Ting (2010)






No comments:

Post a Comment

My Blog List