Pada pendapat saya modenisasi ialah satu proses untuk merubah atau mentransformasikan kehidupan masyarakat. Perubahan yang berlaku dalam masyarakat dari aspek ekonomi, sosial, sains dan teknologi. Modenisasi sering berubah-ubah mengikut ideologi yang didukung. Contohnya ekonomi kapitalis adalah berbeza daripada ekonomi marxisme. Pembangunan ekonomi hanya akan menjadi lebih bermakna jika matlamat atau tujuan ditetapkan dan mengambil nilai-nilai yang ada dalam masyarakat.
NURFARAHIN BINTI MD YUSOF (2010)
NORHALIZA BINTI MD NORDIN (2010)
Pada pendapat saya, modenisasi adalah satu perubahan yang berlaku dari segenap sudut dan bukan dari aspek material semata-mata. Modenisasi tidak akan tercapai jika aspek spiritual diketepikan. Modenisasi boleh dilihat secara kualiti atau kuantiti berlandaskan tahap integrasi rasional yang dicapai. Modenisasi juga boleh dilihat dari kemudahan asas yang diperbanyakkan dan kepelbagaian ekonomi luar bandar.
Seperti yang sudah sedia maklum, modenisasi adalah satu proses perubahan yang melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan manusia terutama ekonomi dan politik. Namun begitu, saya berpendapat bahawa sebaiknya perkembangan modenisasi ini dirancang supaya perubahan atau transformasi yang dilalukan dapat dipimpin. Ini bertujuan supaya kita bersedia untuk menyelaraskan segala aspek agar sejajar dengan gerakan modenisasi yang dilakukan.
Wan Muhammad Syafiq Bin Wan Zahidi Bin Wan Ismail (2010)Pada pendapat saya, modenisasi ini adalah satu usaha sesebuah organisasi itu untuk mencapai kemodenan tidak kiralah dalam apa jua bidang sekali pun. Sedia maklum, semua negara di muka bumi ini sentiasa bersaing untuk mencapai kemodenan. Persaingan sihat ini harus diteruskan agar setiap negara tersebut menjadi negara yang maju. Seperti Malaysia, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencapai negara yang maju. Pelbagai perubahan dapat dilihat terutama pemikiran masyarakat Malaysia pada ketika ini yang lebih terbuka berbanding pemikiran masyarakat dahulu. Penghasilan teknologi-teknologi baru banyak memberi kesan terhadap kehidupan masyarakat Malaysia kini. Kerja seharian mereka dibantu oleh penghasilan mesin-mesin yang berteknologi tinggi membantu mengurangkan beban yang ditanggung. Selain itu juga, masyarakat Malaysia kini lebih bersikap saing dalam menghasilkan teknologi-teknologi baru yang lebih bermutu. Hal ini dapat memberi imej yang positif kepada negara daripada negara-negara lain. Kemodenan yang sedang dicapai ini seiring dengan wawasan 2020 negara agar mencapai negara yang lebih moden.
WAN NURULASYIKIN BT SELIPOL BAHARI
Kongsep etnisiti salah satu langkah bagi mengekalkan perpaduan pelbagai kaum. Namun kajian perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh bagaimanakah cara etnisiti yang tepat dan membetuli undang-undang sesebuah negara.
Selain itu, pada pandangan saya juga di samping kita mengkaji sejarah dalam mengukuhkan etnik, kita juga perlu merujuk kepada agama dan sejarah agama kerana kita ketahui bahawa semua agama sangat mementingkan keamanan dan perpaduan.

zahirulbasri bin jaafar
salam penghormatan...
modenisasi dari pembacaan saya di http://74.125.153.132/search?q=cache:Sd0-NyZvtykJ:tuanmat.tripod.com/modenlisasi.html+modenisasi&cd=5&hl=en&ct=clnk&gl=my
ialah merupakan proses permodenan dan perubahan yang dilakukan terhadap pembangunan fizikal dan kejiwaan, termasuk cara berfikir, perubahan sikap, menerima pembaharuan dan sebagainya. Kalau dilihat dari sudut pembangunan, kita sememangnya sedang menuju kearah kemajuan teknologi dan kemodenan kehidupan. Dalam rangka kita membangunkan sebuah negara dari segi struktur luaranya. kita lupa untuk membangunkan sekali jiwa-jiwa penduduknya. Lihatlah sahaja betapa negara kita sering kali dikejutkan dengan berita-berita yang amat memalukan. Kes rogol,samun,bunuh dan berbagai lagi.semuanya tidak pernah lekang dari masyarakat kita. Sehingga semua ini telah lali dimata mereka.Lantaran itu, pemodenan seperti inikah yang kita harapkan. Betapa kita dahulu kaya dengan adab dan agama tapi kini kita kering denganya. Bukankah Umar al-Khatab ada mengatakan "jika mahu melihat keadaan sesebuah negara pada masa hadapan, lihat lah pada pemudanya pada masa sekarang". Maka berkualitikah pemuda yang kita ada sekarang yang mana kita harapkan untuk mewarisi tampuk pemerintahan?. Konklusinya, janganlah kita mengejar perubahan pembangunan negara sahaja lantas mengakibatkan kealpaan pada pembentukan jiwa, biarlah ia seiring perubahannya.

MOHAMAD SHAHRULNIZAM BIN NOOR MOHD ALI
No comments:
Post a Comment