Pada pandangan saya,rasional perkara 153 adalah sesuatu perkara yang sangat penting dan ianya perlu di ambil kira dalam semua aspek terutama pada kaum Melayu. Kita seharusnya sedar yang kita sangat jauh ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum etnik yang lain pada ketika ini. Kaum Melayu haruslah berusaha gigih dan bekerja keras tidak kira dari segi ekonomi mahupun pendidikan agar perkara 153 ini tidak menjadi sesuatu isu yang dipertikaikan pada masa yang akan datang.
HUSNA IZZATI BINTI HASMAN (2010)
Perkara 153 adalah rasional bagi menyatukan semua bangsa melalui satu peraturan seperti menyatukan pelajar-pelajar dari pelbagai bangsa dalam satu negeri dengan menggunakan satu peraturan pelajaran. Contohnya menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Selain itu, perkara ini juga memperuntukkan YDPA menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hak-hak ini termasuk pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, pemberian lesen dan juga perdagangan.
Abdullah Hafiz bin Mad Diah (2010)
No comments:
Post a Comment